Modest theme is just a humble design with big intentions.

Ut a nunc ornare velit ornare ullamcorper sed eu magna.

It’s My Day

Posted by khaizarien on Apr 15, 2012 in khaizarien & celoteh | 0 comments

15 april 2012…
another born day for me… another?…. how many time it will be another this year?… should it be the seventeen? haha it might be ten years ago…. hurmmm the time flies so fast. never recognize until you counting your own age every year. yeah! and i counting it now n start to think the serious things in life… sigh!!!

15 april 2012…
lebih bahagia. lebih kuat. lebih tabah. lebih matang. lebih sabar. lebih berusaha. lebih yakin. lebih bersemangat.
:)
kurang stress, kurang marah, kurang garang, :)

15 april 2012…
wishing something special to happen.

15 april 2012
yeah…. ini aku. sedang belajar dan masih belajar tentang erti hidup sebenar, pasang surut jatuh bangun hanya diri ini yang tahu. ye aku bersyukur di beri segalanya yang ada kini. syukur tak terhingga. pahit sakit penat perit semuanya berbaloi untuk aku.

moga aku terus menjadi aku.

15 april 1985
terima kasih mak. terima kasih abah. i hope i’m the best thing happen in your life. even i’m the only child yang paling degil dan kuat melawan. i hope i can give something to both of you to proud of one day.

11.32 am yeah..i was born today :)

Read More

Ingat

Posted by khaizarien on Apr 13, 2012 in khaizarien & celoteh, Khaizarien & photography | 0 comments

kadang kala…..
manis itu rasanya masam
masam itu rasanya pahit
pahit itu rasanya tawar
tawar itu rasanya masin
masin itu rasanya kelat
kelat itu rasanya sedap

indahkan dunia.

bila kita lihat
putih itu menjadi hitam
hitam itu menjadi merah
merah itu menjadi jingga
jingga itu menjadi kuning
kuning itu menjadi hijau
hijau itu menjadi biru
biru itu menjadi ungu
sejuk

bertambah indah dunia.

bila malam bertukar siang
bila siang menjadi malam
waktu diri sedang riang
tika itu datangnya muram
jangan cepat berasa bimbang
tiada datang tenang tanpa suram

baris akhir kata

sampai mati tak akan sunyi dengan duri.

Read More

Sakit itu tanda sayang

Posted by khaizarien on Apr 11, 2012 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara | 0 comments

Kau selalu lupakan? bila kau senang. bila kau rasa cukup. bila kau boleh memberi senyum dengan mudah. bila tiada lagi tangis. bila tiada lagi marah dan dendam. kau mula lupa. lupa untuk ucap syukur dan sujud padaNya. sungguh cepat. sungguh kau lupa diri.

Astarghfirullahalazim….

Dulu masa kau sakit. kau derita. kau minta bahagia. kau minta hapus airmata. kau minta ketenangan jiwa. kau merayu. kau melolong lolong minta di bantu. berjujuran air mata kau sujud mengadapNya. kau dah lupa itu semua? cepatnya!!!

Dan kau mula sedar bila kau jauh sikit dariNya, dia cuba uji kau. betul kau sudah kuat dan mampu hidup tanpaNya? atau kau masih lemah dan perlukan Dia sentiasa. Dia tahu hanya dia yang menjadikan kau lemah. sikit sikit Dia beri. dari situ kau mula goyah. hati kau jadi tak keruan dan tak tentu arah. kau tetap tak endahkan jugak. degil kau ni. Dia beri lagi. Dia tambah lagi. kau masih degil. last sekali dia bagi kau rasa sakit. sakit yang kau tak tertanggung.

Dan akhirnya kau mengalah bukan? kau kalah dan kau akui yang kau tak mampu teruskan hidup tanpa kasih dan perhatian dariNya bukan? kau dah nampak dan sedar betapa besarnya kuasa Dia. Dia mampu buat apa saja. mampu beri apa saja. mampu jadikan apa saja.

Segala rasa, segala apa yang kau mahu semua itu Dia yang bagi. kau tak perlu nak tunjuk lagak hebat kau konon kau dah kuat dan mampu harungi semua. kau juga kena ingat segala kekuatan dari dalam yang kau peroleh juga datang dengan izinNya. kalau tanpa pemberianNya, sampai ke hari ini kau masih menagih simpati.

Syukurlah. kau insan terpilih. insan yang Dia sendiri pilih untuk di uji. untuk di duga. untuk merasa perit dan pahit hidup. untuk ingat Dia sentiasa. untuk tahu dan sedar Dia yang berkuasa. syukur. syukur. syukur. tak ternilai rasa sakit yang Dia beri. tak ternilai rasa perit yang Dia bagi. tak ternilai rasa pedih yang Dia beri. untuk di bandingkan dengan nikmat dan hikmah yang kau perolehi. syukur syukur syukur.

Janjilah pada Dia, kau tak akan berpaling lagi. janjilah pada diri kau tak akan terhasut lagi. cuba lawan. kuatkan iman. cuba teguhkan kubu pertahanan. kau serahkan hati dan jiwa padaNya. biar Dia jaga. tapi pada masa yang sama kau perlu sama perlihara perlakuan di dunia.

p/s :: sungguh sakit yang di beri tanda sayang tak terhingga.

Read More

Bukan suka suka.

Posted by khaizarien on Apr 6, 2012 in khaizarien & celoteh, khaizarien & teman | 0 comments

bukan aku sengaja. bukan aku suka suka. bukan mahu hilang angka. cuma mahu kawal hati dan jiwa. kasi tenang dan hilang curiga. biar bertambah cekal dan bertenaga menentang nafsu dunia.

aku sendiri tak ingat sejak bila aku mula berpuasa di luar bulan ramadhan tu. entah sejak bila aku mula kuatkan hati untuk kurangkan segala galanya tentang dunia. sampai ke hari ini aku sudah biasa. biarlah aku berpuasa sepanjang masa selagi aku mampu dan terdaya. bukan aku menyiksa diri. bukan aku adakan protes sensasi. aku cuma mahu kembalikan diri pada yang sepatutnya.

ramai yang bertanya. kenapa? sampai bila? apa lagi yang di cari? apa lagi yang mahu di peroleh?
aku hanya membalas dengan senyuman penuh makna.

bukan aku tidak mampu menjawab. bukan tidak mahu menjawab. tapi aku tahu tak akan ada siapa yang mengerti dan memahami setiap tindakan aku. baik aku diam saja. dan teruskan perlakuan aku yang aku rasa selesa dan bermakna.

p/s:: selagi terdaya aku harungi segala tanpa siapa siapa

Read More

Kosong

Posted by khaizarien on Apr 4, 2012 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara | 0 comments

sepuluh kali aku taip. sepuluh kali aku padam.
dalam kepala otak aku dah punya semua.
tinggal untuk lontarkan saja.
tapi tiap kali aku bukak, terus kosong otak.
tiap kali aku bukak. terus kosong rasa.
umpama papan kekunci kosong hurufnya.
umpama mata ini sudah kosong lihatnya.

biarlah ia kosong.
nati nati penuhlah semula.

Read More

ini rahsia kotak rasa

Posted by khaizarien on Apr 3, 2012 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, khaizarien & teman | 0 comments

sukar nak ungkap satu patah rasa yang beku. puas aku cari bait bait kata yang bisa menjadi puas dalam lontar kotak suara itu nanti. tapi aku gagal. dan tetap gagal. bukan kerana aku tiada suara. tiada kata. cuma aku kelu bila kau ada di situ. bimbang kau akan lenyap hilang dari pandangan yang mana aku tak mampu untuk cipta supaya kau hadir.

aku lepas kau lepas bebas. tidak ada satu tali untuk aku ikat. dan jika ada aku tidak mampu. kerana aku bukan siapa siapa untuk kau terus melekat. harap harap kau terus di situ. tak berganjak tak menoleh tak berpaling. tapi tiada apa yang mampu buat kau diam di situ. dan aku tak mencuba. sebab aku tahu kau punya rasa mahu berdalih dan berganjak kejar satu rasa yang kau tak mengerti maksudnya.

biar aku lihat kau pergi. biar aku temani langkah kau dengan satu baris suka di bibir. biar aku iringi dengan satu garis lekuk di mata. agar kau tahu yang aku restu setiap langkah kau mencari makna yang kau tak mengerti maksudnya. aku biar kau rasa. aku biar kau lalui semuanya agar kau faham dan tahu.

sekarang kau diam. sepi. lenyap. dan hilang. aku faham. untuk lihat kau berpatah balik ke sini. aku tak jangka. untuk lihat kau diam di sisi. aku tak daya. biar aku doa yang baik baik sahaja. biar aku ungkap yang indah indah sahaja. biar kau rasa yang manis dan sempurna.

kalau kau tahu. kalau kau faham. kalau kau mengerti. rasa ini dalam.

aku sebar pada angin. biar ia sampai pada kau suatu hari nanti biarpun terlambat.

p/s :: ini rahsia kotak suara.

Read More

Untuk kamu sayang

Posted by khaizarien on Mar 31, 2012 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, khaizarien & teman | 0 comments

untuk kamu yang aku sayang…

aku tahu kegusaran hati mu. remuk dendam. punah berderai. sabarlah sayang. aku tahu kamu kecewa. aku tahu kamu marah. terkilan. atas apa yang terjadi. kamu rasa di permainkan. kamu rasa di perkotak katikkan. segala sayang. segala rindu. segala kasih. segala cinta. semuanya umpama abu debu yang beterbangan dan tiada siapa yang peduli. umpama tiada nilai. tiada harga. dan tiada istimewa.

usah di fikir sayang. usah di kira setiap kebaikan. usah di nilai setiap kasih yang di curahkan. dia sudah bahagia. dan pasti bahagia. usah di biar diri terus sengsara. usah di biar hati teru membara. tiada guna. dia sudah tidak peduli. tidak toleh kebelakang lagi. ya. die akan terus menghubungi. akan terus mencari. tapi sewaktu diri dalam kelam tiada cahaya yang terang. ya. hanya ketika itu die teringat dan terkenang kamu. kerana die tahu, hanya kamu yang sanggup menggapai tangan yang hampir jatuh sembam ke bumi.

kuatlah sayang. kuat. kamu kuat. kamu yang tak sedar dan tak nampak kekuatan kamu. menangislah selagi perlu. menangislah sehingga kering air mata. menangislah sekarang. sebanyak mungkin. selebat boleh. tapi janjilah pada aku ini yang terakhir. esok kamu jangan menangis lagi. kasihanlah diri kamu yang sudah penat membantu hati untuk jadi kuat.

[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)

[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

lihatlah sayang, Allah sendiri sudah beritahu. tak akan ada yang akan lari dari ujian dan tak akan ada yang mampu beroleh ketenangan dan kesenangan sebelum di uji. biarlah perit biarlah pedih biar merana hidup sekarang. kerana pelangi tak akan muncul sebelum hujan. bak kata mak kepada rakan aku, biar lah hujan tu turun lama. biarlah lebat. kerana lagi lama hujan lagi indah pelangi yang akan muncul. jelas dan terang.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah : 216)

bebaskanlah sayang hati dan diri mu. jangan di kunci lagi di satu pintu. lepaskan semua rasa yang terpendam. luahkan segala tangis. limpahkan segala sayang. sebarkan segala cinta dan kasih yang ada. jangan tertumpu pada satu. jangan di biar kenangan itu mati dan kekal di situ.

aku pernah rasa di tempat kamu. pernah jatuh. pernah tersembam ke bumi. malah di pijak pijak lagi.dan aku tahu bagaiman sakitnye yang kamu rasa itu. sungguh perit tak terkata. tapi sayang, ini semua sementara sahaja. pujuk diri. pujuk hati. supaya terus sabar. supaya redha. supaya ikhlas.

bahagia itu satu pilihan sayang. pilihan yang kita boleh dan mampu pilih. dan kalau kamu mahukan bahagia, pilihlah satu jalan yang akan bawa kamu ke syurga itu. bangun dan bangkitlah dari lena semalam. walau terpaksa memapah diri.walau terpaksa gunakan tongkat. walau terpaksa merangka perlahan. teruskanlah. kerana bila kamu berjaya berdiri, kamu akan terus berlari. terus melompat menggapai bahagia yang menanti.

aku sentiasa ada untuk kamu. bahu aku, telinga aku, pelukan aku, kata kata aku, semua untuk kamu. asalkan ia mampu buat kamu senyum dan ketawa kembali.

p/s :: Ya Tuhan ku, kau berikanlah kegembiraan di hatinya. berilah kekuatan di hatinya. berilah rasa redha dan ikhlas di hatinya untuk melepaskan apa yang di sayang agar dia tidak menangis lagi. Kau ambillah hatinya. Kau jagalah hatinya. Kau hilangkanlah rasa sayang dan kasih dalam hatinya untuk insan yang melukainya. Kau yang berkuasa memberi segala rasa, dan Kau juga yang berkuasa mengambil rasa itu semula. Ambillah Ya Tuhan rasa sedih yang ada dalam hatinya agar dia mampu melihat jalan lain yang telah Engkau sediakan untuknya yang lebih elok pengakhirannya. jagalah hatinya Ya Tuhan. jagalah dirinya Ya Tuhan. sungguh aku tak sanggup lihat air matanya mengalir. tak sanggup melihat sendu di hatinya. kau yang Maha Pengasih. Kau yang Maha Penyayang. Kau lebih mengerti segala apa yang terbaik untuknya. Bukalah hatiya Ya Tuhan untuk pilih jalan yang membawa redha dan bahagia Mu.Amin Ya Rabb Al Amin.

Read More