
satu permulaan buat yang baru.
syukur semua berjalan dengan lancar tadi. kerjasama yang baik antara semua.
walau panas. walau masih penat.
semuanya di permudahkan.
benarlah kata orang.
pengakhiran sesuatu adalah permulaan bagi sesuatu yang baru.
syukur sangat.
rezeki manusia ni kita tak tahu.
ada masa rezeki tu murah.
ada masa rezeki tu mahal sangat.
tapi ia tak pernah putus. ada je.
sebab Tuhan tu tahu bila nak bagi pada kita.
waktu yang tepat supaya kita tahu nak bersyukur.
indah.
nantikan yang selebihnya kemudian.
hutang yang dulu masih banyak tertunggak.
maaf buat yang menanti.
p/s:: sayang ketat ketat
a few days past by. ye april sudah hampir sampai ke penghujungnye. sangat2… bulan yang aku sayang. bulan yang aku suka. tapi dalam bulan ini juga aku berendam duka seketika. heh! di awal dan pertengahan aku masih bergembira. tanpa memikirkan kesan kesan yang luka yang kering kembali bernanah…
betul kate orang. nak buat baik bukan senang. kena ikhlas. kena istiqamah. lelebih lagi kalau nak bertaubat atas dosa dosa besar. bukan senang. ade je gangguan dan halangan. gangguan dari segi emosi dan mental yang kau tak terduga. ada je bende yang menghasut hati kau diam diam lantas bawa ke akal kau untuk berfikir yang bukan bukan. hurmmm…. dalam bulan ini aku tewas lagi dengan diri sendiri…
sukar. sukar. dan sukar. bila kau bersendiri untuk mengubah haluan hidup kau. bukan senang. bukan mudah. adakala kau sepi dan sunyi membuat kau mahu kembali ke jalan dulu yang salah. adakala yang datang hulur tangan bukan imam yang mampu pimpin kau makmum yang lemah tetapi membuat kau kembali tersadung dan kembali mengubah haluan.
ye. untuk kau belajar perlu berguru. untuk kau kutip ilmu perlu berguru. kau perlu di bimbing dengan betul. di lentur dengan tepat. agar kau tak lagi bengkok. tapi bagaimana mahu kau cari bilamana kau mula buka mukadimah bicara telinga sudah letih. mata sudah lelah. apatah lagi tangan yang mampu memimpin tiba tiba patah. longlai kau rasa bukan? tak terdaya langsung menerus kata kata untuk kau lontar agar mereka tahu apa yang di rasa.
kau bukan mahu mengadu lembik dan simpati sepi. kau cuma mahu mereka faham situasi kau sebenar. agar mereka tahu cara yang betul untuk tarik kau kembali. tapi malang. tiada yang mahu. lantas kau kembali sendiri. kau cari jalan sendiri. kau hanya mengadu padaNya. minta di beri tunjuk agar kau tak terpesong jauh dari landasan insani.
tapi pada Dia, Dia akan beri kau ujian bertimpa lagi. agar kau mampu berfikir dan rasa sendiri perit dan susah. bukan untuk menyiksa diri. tetapi mahu kau tahu dan hargai apa yang kau ada. lantas kau mampu memiliki sesuatu yang berharga yang kau nanti. hurmmm…. mungkin bila kau sendiri itu lebih baik. kau lebih dekat dengan Tuhan yang sayang kau lebih dari sesiapa.
aku lepaskan dia dulu kerana aku mahu dekat dengan Tuhan. bila aku sudah tenang aku mula lupa diri. lantas dia datang kembali. aku terima atas dasar kawan. tapi sebenarnya kau terima atas dasar kau sunyi. lantas kisah lama berulang kembali. kau lupa pada Tuhan yang menjadi teman sepanjang kau sunyi. kau lupa pada Tuhan tempat kau mengadu tangis simpati. kau lupa. lantas Tuhan tunjuk pada kau. bagi kau rasa sesalan itu sikit sikit. Tuhan beri balik rasa cemburu yang buat kau penat dan jelik. Tuhan bagi balik fikiran kau yang kusut dan serabut. dan saat itu baru kau sedar. dia tetap bukan yang terbaik. walau die kembali, die tetap bukan milik kau. kau kena sedar bahawa Tuhan mahu kau dapat yang lagi baik. kau kena ingat bahawa Tuhan mahu kau dekat denganNya. Tuhan mahu kau kembali ke pangkuanNya dalam keadaan bersih dan suci. kau kena ingat tu!….
cepat sungguh aku lupa apabila datang cinta dunia.
p/s:: andai aku sendiri buat aku dekat denganMu, redhakan hati aku. andai ada insan yang mampu buat aku dekat denganMu sepanjang hidupku, temukan aku dengannya, bukakan pintu hatinya untukku, satukan hatinya dan hatiku agar bersemi kasih dari syurgaMu…
Read Moresebenarnya kau sudah rasa bahagia sekarang.
dengan orang di sekeliling.
dengan mereka yang datang dan pergi.
tak perlu kau nak sesal dan tangis apa apa lagi.
betul la kata orang.
jika mahu bahagia. berilah bahagia.
jika mahu derita. kau berilah derita.
terima kasih buat kamu kamu yang bikin hati ini senang dan tenang.
p/s: masih mencari pembantu untuk ubah cat dan susun atur blog ini.
Read Morebukan aku sengaja. bukan aku suka suka. bukan mahu hilang angka. cuma mahu kawal hati dan jiwa. kasi tenang dan hilang curiga. biar bertambah cekal dan bertenaga menentang nafsu dunia.
aku sendiri tak ingat sejak bila aku mula berpuasa di luar bulan ramadhan tu. entah sejak bila aku mula kuatkan hati untuk kurangkan segala galanya tentang dunia. sampai ke hari ini aku sudah biasa. biarlah aku berpuasa sepanjang masa selagi aku mampu dan terdaya. bukan aku menyiksa diri. bukan aku adakan protes sensasi. aku cuma mahu kembalikan diri pada yang sepatutnya.
ramai yang bertanya. kenapa? sampai bila? apa lagi yang di cari? apa lagi yang mahu di peroleh?
aku hanya membalas dengan senyuman penuh makna.
bukan aku tidak mampu menjawab. bukan tidak mahu menjawab. tapi aku tahu tak akan ada siapa yang mengerti dan memahami setiap tindakan aku. baik aku diam saja. dan teruskan perlakuan aku yang aku rasa selesa dan bermakna.
p/s:: selagi terdaya aku harungi segala tanpa siapa siapa
Read Moresukar nak ungkap satu patah rasa yang beku. puas aku cari bait bait kata yang bisa menjadi puas dalam lontar kotak suara itu nanti. tapi aku gagal. dan tetap gagal. bukan kerana aku tiada suara. tiada kata. cuma aku kelu bila kau ada di situ. bimbang kau akan lenyap hilang dari pandangan yang mana aku tak mampu untuk cipta supaya kau hadir.
aku lepas kau lepas bebas. tidak ada satu tali untuk aku ikat. dan jika ada aku tidak mampu. kerana aku bukan siapa siapa untuk kau terus melekat. harap harap kau terus di situ. tak berganjak tak menoleh tak berpaling. tapi tiada apa yang mampu buat kau diam di situ. dan aku tak mencuba. sebab aku tahu kau punya rasa mahu berdalih dan berganjak kejar satu rasa yang kau tak mengerti maksudnya.
biar aku lihat kau pergi. biar aku temani langkah kau dengan satu baris suka di bibir. biar aku iringi dengan satu garis lekuk di mata. agar kau tahu yang aku restu setiap langkah kau mencari makna yang kau tak mengerti maksudnya. aku biar kau rasa. aku biar kau lalui semuanya agar kau faham dan tahu.
sekarang kau diam. sepi. lenyap. dan hilang. aku faham. untuk lihat kau berpatah balik ke sini. aku tak jangka. untuk lihat kau diam di sisi. aku tak daya. biar aku doa yang baik baik sahaja. biar aku ungkap yang indah indah sahaja. biar kau rasa yang manis dan sempurna.
kalau kau tahu. kalau kau faham. kalau kau mengerti. rasa ini dalam.
aku sebar pada angin. biar ia sampai pada kau suatu hari nanti biarpun terlambat.
p/s :: ini rahsia kotak suara.
Read Moreuntuk kamu yang aku sayang…
aku tahu kegusaran hati mu. remuk dendam. punah berderai. sabarlah sayang. aku tahu kamu kecewa. aku tahu kamu marah. terkilan. atas apa yang terjadi. kamu rasa di permainkan. kamu rasa di perkotak katikkan. segala sayang. segala rindu. segala kasih. segala cinta. semuanya umpama abu debu yang beterbangan dan tiada siapa yang peduli. umpama tiada nilai. tiada harga. dan tiada istimewa.
usah di fikir sayang. usah di kira setiap kebaikan. usah di nilai setiap kasih yang di curahkan. dia sudah bahagia. dan pasti bahagia. usah di biar diri terus sengsara. usah di biar hati teru membara. tiada guna. dia sudah tidak peduli. tidak toleh kebelakang lagi. ya. die akan terus menghubungi. akan terus mencari. tapi sewaktu diri dalam kelam tiada cahaya yang terang. ya. hanya ketika itu die teringat dan terkenang kamu. kerana die tahu, hanya kamu yang sanggup menggapai tangan yang hampir jatuh sembam ke bumi.
kuatlah sayang. kuat. kamu kuat. kamu yang tak sedar dan tak nampak kekuatan kamu. menangislah selagi perlu. menangislah sehingga kering air mata. menangislah sekarang. sebanyak mungkin. selebat boleh. tapi janjilah pada aku ini yang terakhir. esok kamu jangan menangis lagi. kasihanlah diri kamu yang sudah penat membantu hati untuk jadi kuat.
[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)
[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
lihatlah sayang, Allah sendiri sudah beritahu. tak akan ada yang akan lari dari ujian dan tak akan ada yang mampu beroleh ketenangan dan kesenangan sebelum di uji. biarlah perit biarlah pedih biar merana hidup sekarang. kerana pelangi tak akan muncul sebelum hujan. bak kata mak kepada rakan aku, biar lah hujan tu turun lama. biarlah lebat. kerana lagi lama hujan lagi indah pelangi yang akan muncul. jelas dan terang.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah : 216)
bebaskanlah sayang hati dan diri mu. jangan di kunci lagi di satu pintu. lepaskan semua rasa yang terpendam. luahkan segala tangis. limpahkan segala sayang. sebarkan segala cinta dan kasih yang ada. jangan tertumpu pada satu. jangan di biar kenangan itu mati dan kekal di situ.
aku pernah rasa di tempat kamu. pernah jatuh. pernah tersembam ke bumi. malah di pijak pijak lagi.dan aku tahu bagaiman sakitnye yang kamu rasa itu. sungguh perit tak terkata. tapi sayang, ini semua sementara sahaja. pujuk diri. pujuk hati. supaya terus sabar. supaya redha. supaya ikhlas.
bahagia itu satu pilihan sayang. pilihan yang kita boleh dan mampu pilih. dan kalau kamu mahukan bahagia, pilihlah satu jalan yang akan bawa kamu ke syurga itu. bangun dan bangkitlah dari lena semalam. walau terpaksa memapah diri.walau terpaksa gunakan tongkat. walau terpaksa merangka perlahan. teruskanlah. kerana bila kamu berjaya berdiri, kamu akan terus berlari. terus melompat menggapai bahagia yang menanti.
aku sentiasa ada untuk kamu. bahu aku, telinga aku, pelukan aku, kata kata aku, semua untuk kamu. asalkan ia mampu buat kamu senyum dan ketawa kembali.
p/s :: Ya Tuhan ku, kau berikanlah kegembiraan di hatinya. berilah kekuatan di hatinya. berilah rasa redha dan ikhlas di hatinya untuk melepaskan apa yang di sayang agar dia tidak menangis lagi. Kau ambillah hatinya. Kau jagalah hatinya. Kau hilangkanlah rasa sayang dan kasih dalam hatinya untuk insan yang melukainya. Kau yang berkuasa memberi segala rasa, dan Kau juga yang berkuasa mengambil rasa itu semula. Ambillah Ya Tuhan rasa sedih yang ada dalam hatinya agar dia mampu melihat jalan lain yang telah Engkau sediakan untuknya yang lebih elok pengakhirannya. jagalah hatinya Ya Tuhan. jagalah dirinya Ya Tuhan. sungguh aku tak sanggup lihat air matanya mengalir. tak sanggup melihat sendu di hatinya. kau yang Maha Pengasih. Kau yang Maha Penyayang. Kau lebih mengerti segala apa yang terbaik untuknya. Bukalah hatiya Ya Tuhan untuk pilih jalan yang membawa redha dan bahagia Mu.Amin Ya Rabb Al Amin.
Read More
Mencencarut