Jatuh cinta aku kembali pada sesuatu yang telah lama harus aku lemparkan cinta ini segenap hati. tanpa rasa curiga dan ragu. tanpa rasa waspada dan hati hati. kerana cinta ini cinta abadi. cinta yang agung tiada yang mampu tandingi.
Jauhnya aku pergi. hingga lupa cinta yang fana ini. cinta yang sentiasa menunggu aku untuk hadir dan menyambut sejak dulu. ah! rugi sungguh aku. membiar Ia tunggu dan memanggil manggil aku sepanjang hari dan waktu. sungguh kejamnya aku membiar Ia terus menanti sambutan taut kasih dari hati yang beku.
Subhanallah. sungguh indah jika cinta ini disambut. sungguh bahagia jiwa dan hati ini. sungguh tiada tandingannya lagi…..
Aku mahu berkongsi satu rasa yang aku jumpa dari satu pembacaan. sungguh tak ku sangka. penulisan yang indah dan bahasa yang puitis. buat aku tersedar dari lena dan leka. Alhamdulillah. sejak hati aku terbuka untuk menyambut cinta yang abadi, pembacaan dari penulisan ini membuat aku semakin utuh dengan jalan yang aku pilih.
*klik gambar untuk ke blog beliau.
sungguh tenang dan nyaman bila aku baca blog ini. blog milik Rusydee Artz. Syukur aku berjumpa dengan blog ini. satu perkongsian yang tiada kerugian.
Setiap yang berlaku pasti ada kebaikan buat diri kita sendiri. jangan cepat mengalah dan putus asa. berusaha untuk cari kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri. hati yang tenang mampu untuk membantu kita melaksanakan sesuatu dengan ikhlas.

Salam zulhijjahbuat semua…
Sungguh tak sangka. begitu cepat masa berlalu. terlalu cepat. sehingga tiada masa ini untuk muhasabah diri sendiri. syukur ujian datang lagi. ujian rasa untuk menyedarkan aku semula. lalai dan leka.itulah aku.
takkan pernah hadir sesuatu rasa dalam diri kita jika bukan dengan izin-Nya. cuma kita perlu bijak untuk mengespretasikan rasa itu kepada umum. itulah lemahnya aku. untuk mengawal sendiri rasa yang hadir dalam jiwa. sayang, rindu, marah, kecewa, itulah rasa yang ada kini.
teringat pesan seorang teman. “hati ini milik Allah. Allah yang pegang hati kita. Dia berkuasa untuk membolak balik kan rasa. Dia juga yang berkuasa untuk mengubah perasaan yang ada”. sungguh aku lupa tentang kuasa Allah yang satu ini. Hanya Dia yang berkuasa untuk mengubah segala.
Terpana dan insaf aku bila teringat kata kata ini. jauh sungguh aku pergi. sering lupa. syukur Allah sayang aku. Dia uji aku. berkali kali dan berbakul bakul tanpa henti. dan aku masih ambil lewa di sini. seharusnya aku kembali pada-Nya. berungguh dan istiqamah. tapi aku tetap ambil lewa.
Dan sesungguhnya andai rasa ini juga datang dari-Nya. sujud syukur aku. kerana masih di beri peluang untuk lihat dunia yang masih tak nampak penghujungnya. dan andai rasa ini juga jalan untuk mengubah cara ku, ku pohon agar ikhlaskan hati aku dan lembutkan hati aku untuk terus dekat dengan-Mu.
aku tahu. Allah uji kerana aku mampu. Allah uji aku kerana Dia sayang aku. cuma aku kadang kadang terlalu ngada ngada mahu bermanja. ah! aku kuat dan aku mampu. tak perlu tangis dan mengadu pada mereka yang tidak rasa. hanya Allah yang tahu apa aku rasa. dan sepatutnya pada Dia saja aku mengadu dan menangis segala.
p/s:: hati, kuatlah sayang. jangan menangis lagi.
Read More
Kalau di beban seribu gunung,tak dayalah aku untuk mendukung. Kalau di selam seribu lautan,tak dayalah aku untuk melawan. Andai di genggam mampu di rampas tak dayalah aku untuk menyimpan. Kuatlah hati utuhlah iman.datangnya taufan tanpa berpesan...
KENAPA AKU DIUJI?
• Surah Al-Ankabut ayat 2-3
•Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orangyang dusta.
KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKUIDAM-IDAMKAN?
• Surah Al-Baqarah ayat 216
• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
• Surah Al-Baqarah ayat 286
• Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
RASA FRUSTASI?
• Surah Al-Imran ayat 139
• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Imran ayat 200
• Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45
• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
• Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
• Surah At-Taubah ayat 129
• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal
AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
• Surah Yusuf ayat 87
• dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Surah An-Nisaa’ ayat 86
• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allahmemperhitungkan segala sesuatu.
p/s : syukur alhamdulillah…aku di uji lagi…mendekati diri pada-Nya. InsyaAllah….
Read More
Siapa Azhar Mustapa nie? kekaseh baru aku ke? ekekekeke kalau lah…ahaiiii ah! sudah zarien. jangan kau nak melalut pagi2 buta nie ekekeke…..
aku agak ramai yang dah kenal beliau kan….Azhar Mustapa a.k.a apambalix…. tak kenal lagi? meh aku kenalkan…. hahahahha okeh. sebenarnye aku pun tak kenal beliau ini pada mulanya. semua bermula dengan kakak aku lah. bila aku tanya mana nak cari lagu yang orang men gitar yang paling best kat youtube. then suddenly akak aku cadangkan aku taip je apambalix.
korang try la carik. n tgok. n nilai sendiri. okeh memg aku x pndai sangat pasal muzik. tp aku suke. bagi aku, beliau one of feberet aku. dan beliau juga ada cipta 2 lagu. mungkin banyak. aku tak tahu. sbb aku sedang mula untuk kenali beliau.
kebanyakkan lagu yan g beliau bawa adalah feveret aku. yg kene ngn jiwa aku. yup itu yg paling aku suka n x jemu nk dgr suara dan petikan gitar beliau setiap malam. ye setiap malam ye. suara dan lagu beliau mendodoikan aku….
hahahahah
okeh, buat anda semua yang nak tau tentang beliau, lagu2 yang beliau cover sila la like fanpage beliau di facebook AzharMustapa(OfficialPage) dan boleh juag subscribe di youtube apambalix. dan aku rase korang tak rugi untuk support beliau. sbb aku rase beliau memang ada potensi untuk pergi jauh….
hehehe skang aku sudah request satu lagu untuk beliau nyanyikan & menkan petikan gitar. nak tau lagu ape, kene tunggu beliau berjaya atau tak men lagu tuh. sbb selama ni aku tak pernah lagi dgr sesiapa men lagu tu di mana2. kalau cari kat youtube pun ade 1 je.heheheh
aku doakan beliau berjaya menkan lagu permintaan aku tu. hehehehe okeh jgn lupe like fanpage beliau n support beliau k. aku letakkan 1 video untuk anda semua dengar. lagu yang beliau cipta sendiri. pertama kali aku dgr di fanpage beliau
layan k….
p/s:: doakan awak berjaya.
Read Moreapa nak buat kalau banyak sangat perkara kita fikir?…apa nak buat kalau jiwa asyik rasa tak tenang… buat itu tak kena buat ini tak kena., macam macam yang hendak di buat sampai tak tahu nak buat mana dulu…
kadang kadang bila dah rasa tak keruan cam tu, kene berehat. kene bagi masa kat diri sendiri. kena bagi ruang untuk hati dan akal bersatu. dan kalau aku, satu je solution yang aku ada. yang biasa aku buat. yang akan aku buat.. nak tau?….
mueheheh, aku tak buat keje jahat. aku suka pergi satu tempat nie…kalau aku rasa tak tenang je, kalau aku rasa cam stress n tension je, aku mesti ajak budak umah aku g ke taman keramat, berdepan dengan lrt jelatek…. nak tau kenape aku suka g sini?… hurmmmpphhhh
buaian yang ada ni jenis besar anda tahan berat la. hehehe maksud aku orang dewasa pun boleh naik tanpa perlu risau akan rosak or ape. so far aku pergi, tak pernah lagi kene halau ke ape. pak guard siap tolong bukak kan pintu lagi bile nak balek… kalau naik buai kat sini, menghadap ke klcc memang aku rasa tenang n nyaman. rasa seperti semua masalah aku lepaskan. sambil berbicara pada bulan dan angin
lagi satu akku boleh naik gelongsor ni.
seronok. seperti kanak kanak balek aku rasa. ruangannya luas. itu yg paling best. dan bila aku naik gelongsor ni memang aku kosongkan minda n lepaskan segala cerita sewaktu nak menggelongsor tu. dan bila sampai ke bawah korang akan rasa yang segalanya dah habis cerita

adakala kita sentiasa perlu menimbal balik setiap perbuatan dan fikiran dalam hidup. baru segalanya akan seimbang
ni jongkang jongkit versi baru. aku tak berapa minat. aku lebih prefer yang lama. yang guna kayu n panjangnya pun berbeza kan. aku jarang naik ni. cuma kalau nak rasa lebih seronok n gelak ketawa aku akan naik. kompom korang akan rasa nak gelak lebih lebih lagi aik bersama rakan yang tak sama berat badan
nampak muka aku yang ceria tu? tu dah lepaskan segala galanya yang terpendam dalam jiwa la tu…mesti ramai yang kata aku gile kan bila wat bende cam nie? hahahah tapi serius bende ni menyeronokkan dan menenangkan. dari korang buat bende bodoh n bende yang merosakkan hidup baik korang buat cara cam aku nie. ekekekeke
hurmmm tak kisah orang nak kata apa. cara nk ilang kan stress n tension terpulang pada individu. masalah tetap datang. selagi kita tak berdepan ngan masalah tu selagi tu masalah takkan selesai. orang pengecut je yang akan lari dari masalah.
aku tak reti nak berkongsi masalah dan rasa dengan orang. aku lebih suka bercakap dengan diri sendiri. untuk bercakap dengan diri sendiri aku akan pergi ke tempat yang mampu beri aku satu ketenangan. bila aku hayal dengan dunia aku, bila aku masuk ke dunia aku, segalanya akan menjadi mdah untuk aku. semangat dan motivasi diri aku akan datang sendiri.
aku tak punya masalah untuk menjadi pendengar kepada sesiapa pun. tak punya masalah untuk menjadi bahu pada yang perlukan. tak punya masalah untuk menjadi tongkat pada kamu. asalkan cara ini mampu membuat kamu kembali senyum da bersemangat, aku pasti gembira biarpun aku hanya di ingati tatkala jiwa kamu keseorangan….
p/s :: kalau mahu ke sini, sila ajak aku sekali

Benarkah?
Berbual dengan puan besar di pajabat tatakala sedang sibuk menyiapkan akaun membuat aku terfikir akan perkara ini, terfikir akan sesuatu yang aku biasa buat dahulu. yang tak pernah aku rasa ada silapnya. dan tak pernah aku rasa perlu balasannya.
tetapi kini aku rasa. berbaloikah? perlukah pinta balasan atau bayaran. atau sebaliknya. tetapi kata orang kalau ikhlas, kita tak akan mengungkit atau membangkit kisah lama. dan kita tidak akan persoalkan apa apa. okeh. bab ikhlas nanti aku fikirkan semula.
kata puan besar di pejabat,
dalam cinta wanita selalunya akan memberi apa yang mereka ada untuk dapatkan cinta yang sejati. dan wanita tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan dalam cinta sejati. bagi wanita cinta perlu di beri dan bukan untuk di ambil sesuka hati.
tetapi bagi lelaki, cinta sejati adalah apa yang mereka akan perolehi dari cinta itu. bukan apa yang mereka beri. lihat dulu kebaikkan dan kelebihan yang ada dan lihat juga pulangan yang mereka peroleh dari cinta yang bakal mereka beri. jika tidak berbaloi, tolaklah ketepi jika dapat apa yang mereka mahu, itulah cinta sejati.
berbezakan. dan perkara itu aku mengiakan dengan kata kata puan besar di pejabat. ada betulnya. dengan apa yang aku lalui selama ini. itulah yang terjadi. berbaloikah bagi anda? bagi aku? belajar dari kesilapan dan kelemahan serta kekurangan diri.
jika di persoalkan pada aku, dalam cinta perlu ada terima dan beri. jika takut untuk memberi maka tidak layaklah untuk terima apa apa. jangan terlalu memberi hingga langsung tidak ada yang tertinggal bakinya untuk di simpan kemudian hari.
p/s :: masih banyak yang aku tak nampak. sedikit sedikit ia di buka lagi. mahu berhenti saja. tiada peluang seterusnya.
Read More
Mencencarut