Kau selalu lupakan? bila kau senang. bila kau rasa cukup. bila kau boleh memberi senyum dengan mudah. bila tiada lagi tangis. bila tiada lagi marah dan dendam. kau mula lupa. lupa untuk ucap syukur dan sujud padaNya. sungguh cepat. sungguh kau lupa diri.
Astarghfirullahalazim….
Dulu masa kau sakit. kau derita. kau minta bahagia. kau minta hapus airmata. kau minta ketenangan jiwa. kau merayu. kau melolong lolong minta di bantu. berjujuran air mata kau sujud mengadapNya. kau dah lupa itu semua? cepatnya!!!
Dan kau mula sedar bila kau jauh sikit dariNya, dia cuba uji kau. betul kau sudah kuat dan mampu hidup tanpaNya? atau kau masih lemah dan perlukan Dia sentiasa. Dia tahu hanya dia yang menjadikan kau lemah. sikit sikit Dia beri. dari situ kau mula goyah. hati kau jadi tak keruan dan tak tentu arah. kau tetap tak endahkan jugak. degil kau ni. Dia beri lagi. Dia tambah lagi. kau masih degil. last sekali dia bagi kau rasa sakit. sakit yang kau tak tertanggung.
Dan akhirnya kau mengalah bukan? kau kalah dan kau akui yang kau tak mampu teruskan hidup tanpa kasih dan perhatian dariNya bukan? kau dah nampak dan sedar betapa besarnya kuasa Dia. Dia mampu buat apa saja. mampu beri apa saja. mampu jadikan apa saja.
Segala rasa, segala apa yang kau mahu semua itu Dia yang bagi. kau tak perlu nak tunjuk lagak hebat kau konon kau dah kuat dan mampu harungi semua. kau juga kena ingat segala kekuatan dari dalam yang kau peroleh juga datang dengan izinNya. kalau tanpa pemberianNya, sampai ke hari ini kau masih menagih simpati.
Syukurlah. kau insan terpilih. insan yang Dia sendiri pilih untuk di uji. untuk di duga. untuk merasa perit dan pahit hidup. untuk ingat Dia sentiasa. untuk tahu dan sedar Dia yang berkuasa. syukur. syukur. syukur. tak ternilai rasa sakit yang Dia beri. tak ternilai rasa perit yang Dia bagi. tak ternilai rasa pedih yang Dia beri. untuk di bandingkan dengan nikmat dan hikmah yang kau perolehi. syukur syukur syukur.
Janjilah pada Dia, kau tak akan berpaling lagi. janjilah pada diri kau tak akan terhasut lagi. cuba lawan. kuatkan iman. cuba teguhkan kubu pertahanan. kau serahkan hati dan jiwa padaNya. biar Dia jaga. tapi pada masa yang sama kau perlu sama perlihara perlakuan di dunia.
p/s :: sungguh sakit yang di beri tanda sayang tak terhingga.
sepuluh kali aku taip. sepuluh kali aku padam.
dalam kepala otak aku dah punya semua.
tinggal untuk lontarkan saja.
tapi tiap kali aku bukak, terus kosong otak.
tiap kali aku bukak. terus kosong rasa.
umpama papan kekunci kosong hurufnya.
umpama mata ini sudah kosong lihatnya.
biarlah ia kosong.
nati nati penuhlah semula.
sukar nak ungkap satu patah rasa yang beku. puas aku cari bait bait kata yang bisa menjadi puas dalam lontar kotak suara itu nanti. tapi aku gagal. dan tetap gagal. bukan kerana aku tiada suara. tiada kata. cuma aku kelu bila kau ada di situ. bimbang kau akan lenyap hilang dari pandangan yang mana aku tak mampu untuk cipta supaya kau hadir.
aku lepas kau lepas bebas. tidak ada satu tali untuk aku ikat. dan jika ada aku tidak mampu. kerana aku bukan siapa siapa untuk kau terus melekat. harap harap kau terus di situ. tak berganjak tak menoleh tak berpaling. tapi tiada apa yang mampu buat kau diam di situ. dan aku tak mencuba. sebab aku tahu kau punya rasa mahu berdalih dan berganjak kejar satu rasa yang kau tak mengerti maksudnya.
biar aku lihat kau pergi. biar aku temani langkah kau dengan satu baris suka di bibir. biar aku iringi dengan satu garis lekuk di mata. agar kau tahu yang aku restu setiap langkah kau mencari makna yang kau tak mengerti maksudnya. aku biar kau rasa. aku biar kau lalui semuanya agar kau faham dan tahu.
sekarang kau diam. sepi. lenyap. dan hilang. aku faham. untuk lihat kau berpatah balik ke sini. aku tak jangka. untuk lihat kau diam di sisi. aku tak daya. biar aku doa yang baik baik sahaja. biar aku ungkap yang indah indah sahaja. biar kau rasa yang manis dan sempurna.
kalau kau tahu. kalau kau faham. kalau kau mengerti. rasa ini dalam.
aku sebar pada angin. biar ia sampai pada kau suatu hari nanti biarpun terlambat.
p/s :: ini rahsia kotak suara.
Read Moreuntuk kamu yang aku sayang…
aku tahu kegusaran hati mu. remuk dendam. punah berderai. sabarlah sayang. aku tahu kamu kecewa. aku tahu kamu marah. terkilan. atas apa yang terjadi. kamu rasa di permainkan. kamu rasa di perkotak katikkan. segala sayang. segala rindu. segala kasih. segala cinta. semuanya umpama abu debu yang beterbangan dan tiada siapa yang peduli. umpama tiada nilai. tiada harga. dan tiada istimewa.
usah di fikir sayang. usah di kira setiap kebaikan. usah di nilai setiap kasih yang di curahkan. dia sudah bahagia. dan pasti bahagia. usah di biar diri terus sengsara. usah di biar hati teru membara. tiada guna. dia sudah tidak peduli. tidak toleh kebelakang lagi. ya. die akan terus menghubungi. akan terus mencari. tapi sewaktu diri dalam kelam tiada cahaya yang terang. ya. hanya ketika itu die teringat dan terkenang kamu. kerana die tahu, hanya kamu yang sanggup menggapai tangan yang hampir jatuh sembam ke bumi.
kuatlah sayang. kuat. kamu kuat. kamu yang tak sedar dan tak nampak kekuatan kamu. menangislah selagi perlu. menangislah sehingga kering air mata. menangislah sekarang. sebanyak mungkin. selebat boleh. tapi janjilah pada aku ini yang terakhir. esok kamu jangan menangis lagi. kasihanlah diri kamu yang sudah penat membantu hati untuk jadi kuat.
[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)
[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
lihatlah sayang, Allah sendiri sudah beritahu. tak akan ada yang akan lari dari ujian dan tak akan ada yang mampu beroleh ketenangan dan kesenangan sebelum di uji. biarlah perit biarlah pedih biar merana hidup sekarang. kerana pelangi tak akan muncul sebelum hujan. bak kata mak kepada rakan aku, biar lah hujan tu turun lama. biarlah lebat. kerana lagi lama hujan lagi indah pelangi yang akan muncul. jelas dan terang.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah : 216)
bebaskanlah sayang hati dan diri mu. jangan di kunci lagi di satu pintu. lepaskan semua rasa yang terpendam. luahkan segala tangis. limpahkan segala sayang. sebarkan segala cinta dan kasih yang ada. jangan tertumpu pada satu. jangan di biar kenangan itu mati dan kekal di situ.
aku pernah rasa di tempat kamu. pernah jatuh. pernah tersembam ke bumi. malah di pijak pijak lagi.dan aku tahu bagaiman sakitnye yang kamu rasa itu. sungguh perit tak terkata. tapi sayang, ini semua sementara sahaja. pujuk diri. pujuk hati. supaya terus sabar. supaya redha. supaya ikhlas.
bahagia itu satu pilihan sayang. pilihan yang kita boleh dan mampu pilih. dan kalau kamu mahukan bahagia, pilihlah satu jalan yang akan bawa kamu ke syurga itu. bangun dan bangkitlah dari lena semalam. walau terpaksa memapah diri.walau terpaksa gunakan tongkat. walau terpaksa merangka perlahan. teruskanlah. kerana bila kamu berjaya berdiri, kamu akan terus berlari. terus melompat menggapai bahagia yang menanti.
aku sentiasa ada untuk kamu. bahu aku, telinga aku, pelukan aku, kata kata aku, semua untuk kamu. asalkan ia mampu buat kamu senyum dan ketawa kembali.
p/s :: Ya Tuhan ku, kau berikanlah kegembiraan di hatinya. berilah kekuatan di hatinya. berilah rasa redha dan ikhlas di hatinya untuk melepaskan apa yang di sayang agar dia tidak menangis lagi. Kau ambillah hatinya. Kau jagalah hatinya. Kau hilangkanlah rasa sayang dan kasih dalam hatinya untuk insan yang melukainya. Kau yang berkuasa memberi segala rasa, dan Kau juga yang berkuasa mengambil rasa itu semula. Ambillah Ya Tuhan rasa sedih yang ada dalam hatinya agar dia mampu melihat jalan lain yang telah Engkau sediakan untuknya yang lebih elok pengakhirannya. jagalah hatinya Ya Tuhan. jagalah dirinya Ya Tuhan. sungguh aku tak sanggup lihat air matanya mengalir. tak sanggup melihat sendu di hatinya. kau yang Maha Pengasih. Kau yang Maha Penyayang. Kau lebih mengerti segala apa yang terbaik untuknya. Bukalah hatiya Ya Tuhan untuk pilih jalan yang membawa redha dan bahagia Mu.Amin Ya Rabb Al Amin.
Read Moreseronok kan waktu begini. punya kawan di sekeliling. yang senyum. yang ketawa. yang sentiasa hulurkan bahu, yang akan dakap kau bila kau nangis, yang kau akan tenang apabila lihat wajahnya.bahagiakan kau rasa.
kau langsung tak dapat bayangkan kalau tiba tiba dia hilang, dia jauhkan diri dari kau, dia pergi… kau tak akan pernah fikir dan kau rasa kau tak mampu nak bayangkan if itu terjadi. sungguh! kerana aku sendiri tak pernah terfikir akan rasa dan lalui semua itu.
apa yang aku selalu fikir dan bayangkan if aku yang pergi. apa yang kawan kawan aku akan rasa. apa yang dorang akan ingat tentang aku. apa yang telah aku bagi pada dorang supaya dorang sikit pun tak akan lupa aku. adakah dorang akan menangis? adakah dorang akan sunyi? adakah dorang akan kenang aku?… itulah. tapi aku tak pernah fikir pun hidup aku nanti tanpa dia, tanpa mereka, tanpa kau!….
sampailah satu ketika. aku terima pesanan di kotak mesej…
‘budak yang aku suka tu dah tak ada’
‘maksudnya?’
‘dia dah meninggal semalam’
‘hah!!!??’…..
dan aku mula berfikir…
dan sampai ke hari ini aku terdiam. fikir. dan fikir. panggilan telefon dari dia buat aku menangis lagi. terasa akan kehilangan itu. rasa apa yang dia rasa.
‘hari hari dia datang divisyen aku. aku nak tunggu hari selasa aku nak bagi hint. aku nak cuba dapatkan dia.’
aku diam. biarkan dia bersuara.
‘tapi dah tak sempat. dia baik sangat. terbayang bayang senyuman dia. kerja dia yang aku sedang tolong dan buat sekarang’
aku diam. sambil kesat kesat air mata yang mengalir tanpa ada tanda amaran.
dan aku terus berfikir lagi. bagaimana kalau aku di tempat dia. apa yang akan aku lakukan? apa yang akan aku buat?aku tahu dia sedih. terkilan. dan aku tak mampu berbuat apa apa. pernah aku bagitahu dia. pergilah cakap. beritahu yang kau suka dia. tapi dia degil. tak mahu. malu katanya.dan sekarang rasa itu tersimpan diam dalam dalam. aku minta padanya sampaikan saja dalam doa agar dia tenang di sana.
al-fatihah buat dia yang telah pergi.
dan aku rasa. sungguh tak salah untuk cakap yang kau suka. yang kau sayang. yang kau rindu. yang kau mahu. walau di tolak. walau di keji, walau tak di pandang. walau di hina. sekurang kurangnya kau dah lepaskan satu perkara paling penting dalam hidup. kau tak mampu tunjuk. tak berpeluang mungkin. dan kata kata adalah satu cara yang paling indah mampu kau buat. dan kau tak akan menyesal kerana itu.
dan aku rasa kini. buat teman teman ku, terima kasih kerana ada dengan aku. walau bukan selalu. walau ada yang aku tak mahu. walau ada benci. walau ada marah. sebenarnya, sayang dan kasih melebihi segalanya. aku tak sedar dan kau pun tak tahu.
p/s:: aku harap aku dah cukup hargai kau sewaktu kau + aku = satu.
Read MoreLife is like a box of chocolate. you will never know what you gonna get!!!
heh! kata kata tu aku amek dari petikan coral speaking mase aku form 2. hebat tak? sampai sekarang aku masih ingat. ape yang aku nak sampaikan kat sini simple je. ni pun aku tergerak kata lepas berbincang a few topic dengan kawan aku. hanya bercerita perihal dunia yang berkait rapat dengan pilihan di jiwa.
kita bukan siapa siapa yang layak untuk berbicara tentang qada’ dan qadar Tuhan kan? sebab kita tak pernah tahu perancangan Dia sejak dahulu. kalau nak di ikutkan kisah hidup kita semua telah di rencanakan dengan sehabis baik oleh Dia. tanpa ada cacat cela. dari kisah dalam rahim ke alam barzakh. dan terus ke akhirat kelak. walaupun semua telah di atur dengan sempurna, namun kita sendiri berhak untuk mengubahnya. maksud aku di sini berusaha supaya kita mendapat pengakhiran yang baik. kan?
bila bercakap perihal jodoh pulak, of coz kita nak yang sempurnakan. sempurna di sini maksud aku yang punya rupa, punya kerjaya, punya harta, punya keturunan dan akhlak yang baik etc. sape tak nak kan? tapi pernah tak dengar ayat ” your partner is like your mirror. who ever you are, is who ever your partner is” maksudnye kat sini, untuk dapat perfection yang macam kita nak, kita perlulah jadi seperti itu dahulu. so, if korang malas nk berusaha menjadi lebih baik, malas untuk perbaiki diri, jangan harap lak korang akan dapat seperti yang korang idam2kan…
if kononnye korang rase korang dah berusaha habes baik dan korang still xdapat ape yang korang nak, korang kene ingat satu benda ni. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. sebab Dia tahu segala2 nya apa yang ada dalam hati dan minda kita. Jadi jika kita di temukan dengan seseorang yang bukannye ada ciri2 yang menjadi idaman kita, sesungguhnya orang itulah yang kita perlu dalam hidup. sungguh!!! kerana setiap insan yang datang dan pergi dalam hidup kita sebenarnya meninggalkan kesan yang dalam dalam diri kita kan? tak kisah la sesiapakan. tapi yang pasti kesan yang dia tinggalkan banyak mengubah hidup kita. banyak yang bantu untuk kita kenal kehidupan sebenar bagaimana, dan ajar kita untuk jadi lebih kuat dan matang. kan?
selalunya, Tuhan akan beri apa yang kita perlu. bukan apa yang kita nak. sebab selalunya apa yang kita nak bukanlah perkara yang terbaik untuk diri kita sendiri. dan sesungguhnya kita sendiri tak tahu apa yang kita perlu dalam hidup untuk jadikan kita lebih baik dan lebih dekat dengan Tuhan.
jadi kesimpulannya, apa apa pun jangan berharap lebih dalam hidup. kalau boleh jangan letak apa apa harapan. sebab dengan harapanlah manusia sering kecewa. manusia sering terluka. dan dengan harapan juga manusia sering leka dengan dunia.
p/s :: berhenti berharap!
Read More
Mencencarut