Posted by khaizarien on Feb 29, 2012 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, khaizarien & teman | 0 comments
bukan senang kau nak ikhlaskan hati untuk redha dengan apa yang telah kau lalui. segala perit dan pedih. segala pahit dan penat. orang lain tak akan faham. untuk sabar untuk tenang. berbakul bakul kau terpaksa force diri kau sendiri. lelah. ye, cakap memang senang.
selak kembali lembaran lama sikit sikit. hati hati. nyaris ada yang terkoyak. walaupun ia baru di simpan aku rasa macam dan bertahu tahun. berkepuk kepuk habuk di atasnya. hujan panas hujan panas. hampir reput. lembaran lama itu banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan. yang tiada fairy tale, tiada happy ending, tiada pelangi yang penuh dengan harta karun…hidup yang nampaknya perit tetapi sebenarnya penuh kemanisan yang aku tak akan pernah nampak sebelum ini. terima kasih.
ye. aku bukan seorang yang mudah nak expresi kan segala rasa yang ada dalam hati aku. especially bila masuk bab nak berjiwang or bermanja manja. kalau untuk berkata lantang tanpa perasaan itu aku mampu. jadi ramai yang salah faham pada tingkah laku aku. seolah aku tiada perasaan yang lembut itu. sehingga ada teman yang tak percaya aku mampu menangis kerana cinta. aku mampu menangis kerana kecewa. aku mampu menangis kerana di luka. heh! aku masih seorang perempuan yang lembut hatinya ;p
buat teman yang menjadi pelepas air mata. terima kasih. walau gurauan mu kasar seperti halilintar, aku tahu kau tak bermaksud apa apa. kau jadikan aku lebih kuat sebenarnya. tangisan bertukar ketawa. kau memang hebat buat aku tak lekang berdekah ketawa. air mata yang mengalir mampu terhenti selamanya. terima kasih teman.
kata kau, aku seperti mereka yang sama jantina dengan kau. tidak kisah di kutuk. tidak kisah di caci. bergurau kasar tanpa ada secalit kecik hati. kata kau, aku lagi galak berkata yang menyakitkan hati. sebab itu kau selesa dan gembira. terima kasih sekali lagi
eh! hati ini sudah gembira kembali. tiada lagi calit calit benci dan iri hati. bagus bukan? berkat punya rakan yang sangat sangat baik hati…. ye. dan sesungguhnya aku sedar kerana kau yang membuka mata hati. kau yang bijak berkata kata dan pandai berdalih sandiwara. satu baris ayat mampu buat aku tersentak dan lihat cahaya dunia. terima kasih teman. biar kau tak tahu aku menjadi lebih elok kerana kata kata kau. biar aku senyap dalam bicara. biar kau masih ingat aku di takuk lama. tak mengapa. aku iringi bahagia kau dalam doa.
indah bukan. kadang kala dalam tak sedar kau punya kawan yang bisa buat kau bahagia tiba tiba.
p/s :: stop talking & start doing.
Mencencarut