Ramai lagi yang sayang kau

bila kau rasa kau dah hilang seseorang yang pernah sayang kau, kau tak payah nak sedih sedih sangat.
ramai lagi yang sayang kau.
kau je yang tak sedar dan tak nampak.

bila kau rasa kau dah hilang seseorang yang pernah sayang kau, kau tak payah nak tarik tarik perhatian orang lain pada kau.
kalau kau boleh ceria dan tersenyum ikhlas untuk tutup segala sedih kau
tanpa di undang ramai yang akan bertandang.

kalau kau nak tahu, ramai lagi yang sayang kau berbanding dia yang tinggalkan kau.
malah sayang mereka lebih mendalam dari dia yang tinggalkan kau.
tak perlu kau nak tagih simpati dia yang dah sah sah takkan ingat kat kau.
tak perlu kau nak tagih perhatian dia yang dah sah sah hidup bahagia tanpa kau.

apa lagi kau nak kesah? apa lagi kau nak kenang?
menitik air mata darah sekali pun, kalau dia dah tak nak, sampai ke sudah dia takkan berpatah balik.
kau kena ingat! kau tak boleh tolak takdir tuhan. kau tak boleh buang qada’ dan qadar hidup kau.
lagi satu kau kena ingat! segala apa yang terjadi atas kehendak DIA yang berkuasa. kau lupa?

dulu kau sendiri pandai nasihat orang lain. pandai pujuk jiwa dan hati orang lain.
sabar! redha!
tapi bila jadi kat kau, mana sabar kau? mana redha kau? terbang melayang bersama orang yang pernah sayang kau?

kalau Tuhan tak sayang kau, Dia takkan hilangkan orang yang pernah sayang kau.
Dia akan biarkan kau hanyut dengan dunia kau dan orang yang sayang kau.
pernah kau fikir tu? pernah kau ingat tu?
sampai bila Dia nak tengok kau lalai dengan dunia khayalan kau?
sampai bila Dia nak tengok kau leka dengan dunia fantasi kau?

Sungguh, Dia hilangkan orang yang pernah sayang kau jauh jauh sebab Dia cemburu bila kau lebih kan orang tu dari Dia.
kau sedar kan?
kau tak ingat waktu kau leka dengan dunia kau?
mana solat kau? mana al-quran kau? mana kiblat kau? mana panduan kau?
tapi bila dia tarik orang yang sayang kau jauh jauh baru kau nak ingatkan?
kau cari Dia. kau menangis dekat Dia. kau mengadu segala padaNya. kau minta itu kau minta ini.
sebelum ni kau tak ingat kan?…

ramai lagi yang sayang kau.
Dia nak kau nampak tu. bukan seorang tu je yang sayang kau. malah yang lain lebih ikhlas sayang kau.
dorang tunggu kau sedar sendiri. tapi kau tak sedar juga. kau leka dengan perasaan entah ape ape kau tu.
kau biarkan emosi kau kuasi diri kau.
kau abaikan apa yang patut kau fokus.
kau biarkan masa depan kau berlalu macam tu je.

sampai satu tahap bila semua orang lari tinggalkan kau baru kau nak sedar.
perasaan yang kau bawa bawa tu sebenarnya buat orang makin meluar dengan kau.
cakap tak nak dengar
nasihat tak nak ikot
kau ralit dengan ego kau.
kau ingat dengan keadaan kau macam tu orang lagi simpati? dia yang pernah sayang kau pun bila tengok kau macam tu die lagi seronok.
kau nak biar hidup kau macam tu sampai Dia yang sayang kau pun tak pedulikan kau? itu lagi buat hidup kau binasa.

kau kena ingat. apa yang ada kat dunia ni takkan kekal. semua pinjaman je. hanya Dia yang kekal abadi. semua milik Dia.
segala rasa, segala benda semua milik Dia.
Dia bagi kau pinjam orang yang pernah sayang kau pun sebab Dia sayang kau. Dia nak uji kau. Dia nak tengok kau macam mana. bila kau dah melebih lebih sampai lupa Dia, sebab tu la Dia tarik semua. sebab Dia nak kau fokus pada Dia lebih. Dia nak sedarkan kau balik. Dia nak kau nampak semua ni tak kan kekal.
lagi satu sebab kau dan lebih lebih sangat sayang pada orang yang sayang kau tu, Dia nak kau tahu yang sayang sesama manusia yang melebihi sayang kepada Dia takkan pernah dapat keredhaan dan rahmat dari Dia. pendek kata Dia tak restu pun hubungan kau dengan orang yang sayang kau tu.
so, sekarang kau dah nampak?
nampak kan? yang orang yang sayang kau tu tak ikhlas mana pun sayang kau, tak lebih pun sayang kat kau.

kau patut bersyukur. bersyukur sebab Dia uji kau macam nie. waktu begini. keadaan ini. kalau Dia uji kau time kau dah kahwin,time ade anak, kau sanggup? mesti kau lagi lemah. bunuh diri pun mungkin kau sanggup.

Kau sedar tak. Dia pupuk balik iman dalam diri kau. Dia tanam balik cahaya kat hati kau tu. Dia nak tunjuk kat kau ada sembilan lagi pintu bahagia untuk kau pilih. pintu bahagia yang Dia redha. pintu bahagia yang boleh bawa kau dekat dengan Dia.

Kau patut syukur ramai lagi yang sayang kau. kawan kawan kau yang sentiasa bagi sokongan pada kau. yang tak nak tengok kau jatuh. yang sama sama nangis masa kau jatuh. yang sama sama marah masa kau kecewa. kau tak ingat semua tu?
kau tengok family kau. mereka sentiasa hulurkan tangan dan bahu untuk kau berpaut tiap kali orang yang sayang kau tu tolak kau ke gaung. kau masih tak rasa kasih sayang mereka?

kau nilailah sendiri. Dia dah tunjuk. kawan kawan kau dah ketuk. family kau dah memeluk. apa lagi yang kau mahu dan tunggu?

kau dah rebah. cukup lah sekali ini kau jatuh ke tanah. kau bangun sendiri dan mereka cuba papah. mereka yang sayang kau semua mahu lihat kau bangun kali ini terus berlari dan melompat lebih tinggi.

percayalah.
kau titip senyuman. kau beri kemaafan. kau pupuk redha dan beri keikhlasan.
kau akan bahagia.
tak perlu kau bermasam muka. tak perlu kau bermuram durja.
waktu kau ceria, pasti ramai yang mahu dekat kau dan beri sayang yang pernah kau hilang.
malah kau akan peroleh yang lebih ikhlas dan hebat dari dia yang sayang kau dulu.
itu janji Dia. kau kena yakin dan percaya.

senyum. senyum sayang. senyum dari hati. senyum dengan cahaya.

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar tetapi aku terima kaktus berduri
Aku minta pada Allah binatang yang comel dan cantik, tetapi aku terima seekor ulat bulu
Aku sedih dan kecewa.Tetapi, kemudian
Kaktus itu berbunga cantik, Ulat itu berubah menjadi rama rama.

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari. Tetapi kemudian tanpa kita sedar, Allah ingin hadiahkan kita pelangi

Itulah jalan Allah, indah pada waktunya Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

p/s:: Terima Kasih.

This entry was posted in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, Khaizarien & Informasi, khaizarien & teman. Bookmark the permalink.

One Response to Ramai lagi yang sayang kau

  1. Nazz@Purple says:

    itu semua keranaTuhan itu tidak pernah kejam pd hambanya.setiap ujian adalah hadiah dr Nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled