Posts made in January, 2012

It’s New Year Time…

Posted by khaizarien on Jan 22, 2012 in khaizarien & celoteh, Khaizarien & Holiday | 3 comments

Selamat Tahun Baru Cina….
Angpow Angpow…Limau Limau…

waaa bersepah sepah kotak limau sana sini. penuh dekat opis. sampul angpow usah cakap. berkotak kotak tersusun rapi….

Limau dan Tahun baru cina tak boleh di pisahkan… kenapa? ehekz bawa untung barang kali :)

kakak kata, dapat limau masa tahun baru cina sangat best. sebab limau die semua sedap sedap. manis manis. lagi satu katanya sebab orang bagi. kalau beli sendiri agak kurang rasanya. oh! benda free semua best kan?

kali ni cuti lama. xde la lame mane. 4 ari saje kan. btw sudah cukup indah bg yang bekerja n susah untuk dpt cuti kan? senyum. kali ni amek langkah baik aku balik naik train. sebab? kompom2 jalan jem. kalau nak balik ipoh, pasti time raya cina akan jem gila babi. time raya puasa pun tak sejem n seteruk begini. sebab? ramai bangsa cina di ipoh barangkali. *fakta*.

sambil sambil tunggu train ada 2 wanita datang bawa buku dan kamera. oh! mereka dari news strait times. mahu interview katanya. almaklumlah yang sambut tahun baru bangsa cina, yang penuh di train n sibuk sibuk balik bangsa lain sama. kata 1malaysia kan? ehekx…soal soal, jawab jawab, tulis tulis, amek gambar sikit sikit. done! eh! pasti beli paper itu esok. kot2 terpampang gambar aku :)

seperti tahun tahun sebelum ni, time tahun baru cina family aku juga akan meriah sama. a day before akan makan besar. mak siap masakan rendang untuk aku. hebat tak? kite kan satu malaysia….. oh tak sabar tunggu esok. makan makan makan. 1 je takde. angpow! oh! itu kene tunggu raya puasa :)

p/s :: jalan itu sudah ada. tunggu lampu hijau.

Read More

Jom Kahwin!

Posted by khaizarien on Jan 20, 2012 in khaizarien & celoteh, khaizarien & teman | 6 comments

jumpa teman teman lama. saja. borak borak tukar cerita. imbau kisah lama. seronok.
tiba tiba…

“zarin… aku sebenarnya datang bawa hajat…” ujar teman.
“erk!!…” sambil pandang pandang pelik.
” haaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! mana kadddddddd!!!!!!!!!!!!!” aku sambung.

senyum sampai telinga. aku nampak wajah bahagia…

satu kad aku terima dari enchek postman. satu kad terbang jauh dari tuan empunya diri. suka.

p/s :: awak, jom kahwin juga!

Read More

Someone Like You

Posted by khaizarien on Jan 19, 2012 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, khaizarien & teman | 0 comments

tiba satu pesanan ringkas…

“sudah dengar lagu tu?”…

“sudah. tuju pada siapa?”…

senyap…sepi…

walau apa pun terima kasih. kamu sungguh menghargai aku. tetapi hati kamu dan aku tidak bersatu dalam restu.

p/s :: rasa itu larut.

Read More

Sesame Street :)

Posted by khaizarien on Jan 10, 2012 in khaizarien & celoteh, Khaizarien & Informasi | 2 comments

ni ape jadahnye pulak kan tetibe aku nak update pasal sesame street ni kan?…. haaa tu la, sape yg sezaman ngan aku kompom la mase kekecik dulu x pernah miss nengok cite nie kan?…
aku dulu time balek tadika je mesti duk melangut nengok tv ngan arwah nenek layan cite nie…
best wooo. walaupun aku x paham bahase yg die gunekan. ehekz….

meh sini aku list kan satu2 chracter yg ade dlm cite nie… aku listkan mane yg slalu ade la ek. ni untu sesape yg x ingat n xtau la cite sesae street neh…ehekx…

ini elmo. aku suka die. die warna merah

ini cookie monster...die selalu makan biskut... makan biskut comot2

ini big bird...burung besar :D

ini bert & ernie...mase kecik aku slalu jadi ernie n akak aku jadi bert. hahaha

ini oscar the grouch. die duk dalam tong sampah :)

ini kermit...katak hijau dalam cite nie. die suke menyanyi

itu je la yg aku nak bagitau. hahaha so sape yg xtau mesti dah tau. sape yg x ingat mesti dah ingat kan? hehehe owh!..how i miss my childhood memories :)

p/s :: kalau masa boleh di undur semula.

Read More

DIA Sayang.

Posted by khaizarien on Jan 7, 2012 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara | 0 comments

Jalan yang diredhai adalah jalan yang lurus. Cintai yang direstui adalah cinta yang halal.

Dia sayang. sebab tu Dia uji.
Dia sayang. sebab tu Dia duga.
Dia sayang. sebab tu Dia beri derita.
Itu tanda cemburu Dia pada aku milikNya. Cemburu bila aku mula abaikan Dia dan jauh dari Dia.
Dia nak rasa sayang itu juga yang datang dari aku. Dia nak didahulukan dari yang lain oleh aku. kerana sayang Dia terlalu mendalam pada aku.

Terima Kasih.

p/s :: mencari yang halal.

Read More