cantik merpati terbang berdua
singgah sebentar di pohon rendang
di genggam janji di pikul setia
takkan terhenti kasih dan sayang
Firman Allah S.W.T.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)
Bila tiba hujung tahun, bila tiba cuti sekolah mula ramai yang menghantar kad jemputan. ramai yang sudah bertemu jodoh yang di tentukan. Alhamdulillah. dan aku? hurmmm janji Allah itu pasti. dan bagi orang yang bersabar manis itu tetap akan datang kemudian. “waiting for the real one is totally worth it” kan?
di setiap jodoh di temukan, di setiap pertemuan yang di satukan, ia punya cerita sendiri untuk di sampaikan. segalanya unik dan istimewa di mata setiap insan. dan setiap kisah yang di sampaikan pasti menyentuh hati dan perasaan mereka yang mendengar.
kisah aku entah bagaimana. kisah anda juga pasti akan menarik belaka. segala perjalanan menempuh saat yang di nantikan sudah tentu akan menjadi bibit bibit indah walau ada ketikanya anda berasa serik dan perit. itulah ubat. itulah penawar. tanpa rasa sedikit tergugat, takkan anda rasa manisnya bila berdua.
moga jodoh itu jodoh dari Tuhan. jodoh yang telah di janjikan dan jodoh yang berpanjangan. ramai yang menanti ramai yang berusaha ramai juga yang bertuah kerana sudah memilikinya. syukur.
pesan mak, kalau g orang merisik ke bertunang ke nikah ke, sireh yang ade kat tepak atau yang buat sireh junjung tuh, g curi2 amek. jangan bgtau orang n jangan sampai orang nampak. mak kate nati cepatla dapat seru atau mengikut dengan orang yang punya majlis tu… hehehehe [tingin gak nak wat.tapi xpernah aku berani nak wat.walaupun dah 3 majlis aku pergi dlm mase terdekat nie. agak2 ade g tak mase akan dtg? hahahaha ;p]
p/s:: aku masih belum cukup baik untuk di temukan dengan pemilik rusuk kiri. InsyaAllah moga punya kesempatan.
Read Moresukarnya hendak melihat raut wajah itu ketawa dan senyum akhir akhir ini. entah kenapa kenangan lalu banyak mengusik hati dan jiwanya. adakah insan yang membuang dia ketepi masih merindu dan mengharapkan sesuatu? tidak mungkin. kerana insan itu pasti sedang berbahagia dan hanya mahu berkongsi rasa. tubuh dan raut itu tidak dapat menahan dan menampung lagi rasa yang terpendam sekian lama.
kasihan.
dia keseorangan. tiada sesiapa yang mampu membuat dia selesa untuk melepaskan lelah yang terkumpul di sudut kecil hatinya. jika dapat dia ketawa, pasti dia akan ketawa sehabisnya. kerana dia akan rasa mungkin itu kali terakhir dia akan rasa gembira. jika dia boleh tersenyum pada yang perlu, pasti dia akan tersenyum semanisnya kerana dia pasti rasa itulah senyuman terakhirnya untuk mereka.
bukan dia tidak mahu sesiapa di sisi. tetapi dia tahu, tiada yang sudi mendengar segala kisahnya. pasti akan diperbandingkan. pasti ada yang menghukum sendiri. pasti ada yang muak dan jelak. dia tidak mahu mereka merasa terbeban. dia tidak mahu diri di hina dan di letakkan pada taraf yang terlalu rendah. ye. dia tidak mahu hilang segala gala yang dia ada kini. lantas dia diam seribu bahasa. kerana masih tidak jumpa siapa yang dia percaya.
cukup rasanya dia menyusahkan semua yang ada. tak pernah menyenangkan mereka semua. mungkin dia tak bermaksud. mahu beri apa yang dia ada asal semua gembira dan bahagia. tetapi dia belum cukup mampu. dia belum cukup tahu. ye. dia masih tak sempurna. seperti anak kecil yang perlu di tegur dan di marah berkali kali baru sedar akan silap diri. maafkanlah dia. dia kini baru untuk bangun dan belajar semula. beri dia masa. segalanya baru bermula untuk dia.
lekaplah topeng itu selama mana yang kamu mahu. biar kamu sembunyi segala rasa yang ada di sebalik hijab rahsia. biar mereka tidak tahu dan biar mereka lihat wajah palsu itu. pasti itu mampu buat mereka lega.
p/s :: kadang2 saat kita perlukan seseorg tetapi tiada siapa yg datang,di situ kita tahu,Tuhan itu maha penyayang.Dia mahu kita mengadu hanya pdNya. kerana pasti Dia cemburu pada kita yang dikasihiNya jika membelakangkan Dia dari segala perkara.
Read More
Perbualan antara kanak kanak 5 tahun yang petah berkata kata dengan ahli keluarga yang ada ketika masing masing sedang enak meratah kerang.
sambil mengupas kerang sendiri beliau bersuara…
luqman : ucu, kerang dalam bahasa inggeris ape ek?
ucu : ala, ape ek? ucu tak ingat la
ibu : apa dia?
luqman : kerang dalam bahasa inggeris apa?
ibu : kerang dalam bahasa inggeris? hurmm apa ya? [sambil pandang pandang nyah n ucu]
luqman : [sambil asyik mengupas kerang dan buat muka tak bersalah] haaaa…. tula tak nak makan kismis!
bertuah punya budak kan?…. hahaha tu la penangan ibu duk suh anak tu makan kismis supaya otak cerdas dan pintar. kan dah kena balik….
p/s :: anak kecil jika di beri ruang yang sebetulnya, mereka mampu berfikir lebih kreatif
dalam tempoh seminggu banyak kisah berlaku. banyak tak banyak la. tapi banyak gak yang aku belajar. bersyukur. itu salah satunya. di tempat baru. kedatangan aku di alu alukan. di tempat baru kedatangan aku amat di rasai. oh sungguh rasa aku amat di terima. terima kasih semua.
menyambut setiap tetamu yang datang dengan pelbagai ragam dan keletah buat hati aku tak rasa sunyi dan mampu abaikan segala kontrovesi yang ada. *kontrovesi kunun* ehekz… kesibukan di tempat kerja buat aku tak sedar masa berlalu begitu cepat dan pantas. tau tau je dah pukul 5.45. even aku buat OT pun takkan terasa masa berlalu begitu pantas. ye aku suka keadaan ini. buar aku sibuk. biar aku leka. asalkan aku tidak bosan menunggu masa.
oh! di tempat baru juga aku suka. boleh cuci mata. yerp. mata aku bersih setiap hari. hahahah bersih dengan tetamu yang datang. bukan dengan mereka yang ada. hahaha ;p paling best mane yang nampak matang tu semuanya masih di bawah umur. owh kekecewaan ada di situ yerp… cuci cuci mate pun mate aku makin kecik aku rase. ade kakak yang tegur.. ‘Eh! keciknye mate kamu’… owhh nak buat macam mane kakak. mate saya memang kecik dan makin mengecik nie…adoiiyaaaiii…
oh ye. di tempat baru juga buat aku teringat pada seseorang. seseorang yg pernah aku minat dahulu. rupa, gaya, suara dan tingkahnya sama. ahaaiiiii…. moga hati dan iman ini masih kuat. dan sekurang2nya aku punya semangat kan untuk bekerja. ahakz *gatai*
dan perkembangan terbaru, mungkin aku akan lebih serius dalam bidang photography. dan bidang penulisan ku sudah aku mulakan kembali dan mungkin akan terus berkembang nanti. doakan ye.
p/s:: inilah jalan yang aku pilih. terima kasih tuhan.
Read More
Mencencarut