Posts made in June, 2011

Cukuplah…sampai sini

Posted by khaizarien on Jun 29, 2011 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, hati kecil | 2 comments

Cukuplah sampai di sini
Jangan di tambah luka yang masih berdarah
Jangan di tambah parut yang masih bernanah
Bahagialah engkau dengan cara kau
Biarkan aku dengan cara aku
Takkan sama kita seperti dulu.

Andai ikhlas,andai benar lafaz rindumu itu pada ku, aku serahkan rindu itu pada yang berhak,kerna aku tidak mampu untuk membalas rindumu itu.

Cukup bergenang airmata ini.menunggu penuh mengalir lesu.tak perlu di tambah lagi apa yang telah kau beri. Biar aku di sini melangkah dalam garapan waktu.

Kejarlah cita dan impianmu dahulu.kejarlah si dia yang sering kau puja dulu.jangan berpaling jangan menoleh lagi kepada ku.cukuplah.cukup dengan hirisan kata kata yang kau ungkapkan sewaktu aku masih di sisi mu.

Salah aku.biarlah ku akui. Salah kamu biarlah tersimpan rapi.

Cukup sampai di sini.jangan cari aku lagi!

p/s: esok belum tentu indah.tetapi sesungguhnya hari ini telah menjadi guru untuk hari esok.

Read More

Sekali lagi…

Posted by khaizarien on Jun 26, 2011 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, Khaizarien & photography | 8 comments

melangkah jauh kaki ini pergi
mencari ketenangan abadi
yang entah bila akan mengakhiri
setiap damba dan keinginan hati nurani
entah esok entah lusa
langkah ini sampai ke penghujungnya
tanpa peroleh sesuatu yang pasti

p/s :: cinta pada Allah, itu yang hakiki. kasih pada Allah itu yang abadi. Aku mencari dan menanti jalan menuju redhaMu dalam kehidupan yang belum pasti.

Read More

Dia istimewa

Posted by khaizarien on Jun 24, 2011 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, khaizarien & teman | 0 comments

Dia insan pertama yang aku kenal sewaktu orientasi darjah satu. Dia insan pertama yang aku kenal di alam persekolahan.
19 tahun usia perkenalan. sudah cukup untuk membaca setiap gerak langkah yang di atur.

tanpa di sangka tanpa di duga, aku dan dia sama di uji sama di duga oleh perkara yang sama pada waktu yang hampir sama.

Read More

Ketenangan Abadi

Posted by khaizarien on Jun 23, 2011 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, Khaizarien & Holiday, Khaizarien & photography, sampingan | 2 comments

Tiada yang mahu hidup dalam kerunsingan dan penuh dengan masalah. tetapi hidup tanpa masalah, bukan kehidupanlah namanya. mencari ketenangan abadi tidak semudah dengan kata kata sahaja. kata orang pergilah bercuti. pergilah jauh dari rutin harian. namun, kalau hati tidak mengiakan dan masih lekat dengan masalah, ketenangan itu takkan sampai.

Read More

Belajar tentang hidup dari pengalaman

Posted by khaizarien on Jun 17, 2011 in bila hati dan jiwa khaizarien berbicara, hati kecil | 0 comments

 

nak belajar tentang hidup tak sama mccam nak belajar untuk amek periksa. bacalah buku setebal mana pun, x kan same rasenye.
nak belajar tentang hidup tak sama macam belajar memasak, ikut setiap arahan dalam buku resepi kemudian jadi seperti yang di idamkan.
nak belajar tentang hidup ni, kita kena rasa sendiri. tak jatuh, tak tersungkur, tak terduduk, takkan rasa manisnya bila berada di atas.

Read More