Lambaian Akhir….mungkin…

Allah knows better… yup! ape yg kite lakukan, ape yg kite fikirkan….ape yg kite niatkan n ape sahaja yang kite tidak luahkan…..

entah kenapa akhir2 nie rase semacam pelik. mungkin ianya perkara biasa. dan mungkin ianya kadang kala terjadi dan aku sama sekali tidak ingat bilakah kali terkahir ianya berlaku.

tiga hari lepas, aku terbanyang2kan arwah abah, arwah nenek & arwah tok datang menghampiri. terasa seolah2 mereka dekat dengan ku. seperti mereka masih di sisi. terasa rindu yang teramat sekali. dalam lingkungan masa 5-10 minit barangkali baru aku tersedar, mereka sudah tiada.

dua hari lepas, terbau2 kapur barus mengelilingi pelusuk hidung ku. lantas terbayangkan saat2 pemergian mereka2 di atas. hampir senafas ianya berlalu….diri semakin musykil & pelik…. biasenye lepas beberapa hari pasti ada berita menyatakan sesuatu…. nauzubillahi min zalik….

dan semalam dalam perasaan penuh untuk menyambut ramadhan, aku terbayang2 waktu bersahur bersama keluarga ketika kecil dahulu. terngiang2 arwah tok membacakan niat berpuasa tiap kali bersahur. aku terasa seperti aku kembali pada saat itu. hampir lima minit baru aku tersedar dan ianya mungkin hanya bayangan rindu.

aku masih pelik bila aku letak d status fb dan sepupu serta kakak ku memberi tahu mereka juga terpanggil2 kenangan seperti ku. Al-fatihah untuk mereka. rindu. sungguh terasa rindu dan terasa kehilangan. tetapi kenapa ramadhan kali ini? atau mungkin juga aku mengalami simtom yang sama setiap kali ramadhan & aku sendiri lupa?

andai ini ramadhan terakhir untukku, dan panggilan itu adalah untuk ku, aku berharap pemergianku adalah yang di redhai & di rahmati. dan moga ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat ku menutupi segala kesalahanku.

salam ramdhan buat semua…moga keluarga ku semuanya bahagia & di rahmati sentiasa. aminnn

This entry was posted in family, hati kecil, love, sedikit cerita and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Lambaian Akhir….mungkin…

  1. al-fatihah
    coz sekarang nie roh mereka berlegar2 dan terlepas dari azab kubur sepanjang bulan ramadhan nie
    Bro Framestone´s last blog ..Bila Mohd Khairuddin memreply message emaknya yang tersebar di Nuffnang

  2. Dayat says:

    Salam Ramadhan
    Dayat´s last blog ..Dirogol 6 Rakan Lelaki

  3. mrnamie says:

    Salam ramadhan daripada MrNamie.. kadang-kadang bila sesuatu perayaan, memang emosi kita mudah nak rindu kenangan2 lama..
    mrnamie´s last blog ..Sepetang di Baazar Ramadhan Telok Mas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled