Posted by khaizarien on Jun 7, 2010 in hati kecil | 2 comments

kadang2 pelik dengan dunia ni. carca marba sangat. terlalu banyak warna2 yg menerangi kadang2 tak jadi pelangi pun. lebih baik hitam putih aje…tapi hitam putih membuatkan kita x banyak pilihan nak lalui. main taram je nanti…
entah la. aku masih pelik dalam soal hati. sana sini berpasangan. sana sini berduaan… tapi kenapa tetap ada yang perasan…. faham maksud aku? tak faham tak ape.. tolak ke tepi. n cuba buat2 faham. mcam aku kini cuba memahami sesuatu perkara yang pada mulanya aku langsung tak faham…
soal ape? soal hati yang bersimpang siur sana sini…. kalah traffic jam kat tengah2 bandaraya kuala lumpur. sesak dan penuh habuk…. hurmmm penat kan kalau macam ni selalu. kita cuba fahamkan. tetapi mereka yg sentiasa faham masih lagi buat2 tak faham… pening kepala bila berfikir soal ini…
orang kata kalau tak nk sakit. jgn fikir, jgn ingat, jgn ambil tahu. tapi mcm mane xnak ambil tahu kalo sume bnde blaku dpn mate… kalau la mate ni boleh buat2 x nampak n kepala pula boleh wat2 lupa n hati plak buat2 x sakit kan indah hidup macam tu. buat je la ape saje pun aku takkan kisah. tapi masalahnye mende tu dh jadi n segalanya tak boleh di pura2kan…jadi ape solutionnye? yg sakit tetap aku…. haaaiiihhhhh…..
aku mengaku. bab2 mcm ni aku lemah. aku tak kuat mcm org len. tp aku xpernah lupe. slemah2 aku, ade kekuatan yang semakin membesar dalam jiwa. kekuatan yang terjadi apabila di tindas berkali2 tanpa rasa belas ehsan yang tinggi.
p/s :: kalau boleh aku mahu hati ini menjadi keras dan beku. biar tidak ada lagi perasaan belas kasihan dan tolak ansur
be strong akak…
hadapi dunia ini
.-= Eazy Izzuddin´s last blog ..[S]eberang-[P]enang [F]inal [P]art =-.
-eazy-
thanks bro…In’Allah akak akan sentiasa kuat…