Posts made in June, 2010

chenta hatie baru :D

Posted by khaizarien on Jun 24, 2010 in sedikit cerita | 12 comments

my new born babies…. ade 5 semuanya…. terima kasih ya Allah kerana memberi pengganti apai yang dicuri orang….. kau ame 1, Allah bagi balek pada aku 5..huh!

mak hamper pengsan bile tgok anak2 oyen ade 5…. skang total keluarga baru dalam family aku nie dah ade 9. kalo cmpur dengan yg slalu mintak makan so ade 11. n mak kene jage sorang2. xpe mak. kucing  ni mendoakan tuan die :D *ayat mau kasi cair sama mak*

anak2 oyen masih tiada nama. dan aku pun dah pening nak letak name ape…nati la aku pikirkan. sbb skang ni memang xleh nk berpikir dah. owh lupe nk bgtau. anak2 oyen yg sblum ni sume dah besar2 n mereka masih memerlukan kasih syg n perhatian yg melampau.

maaf ye syg2 ku kerana meninggalkan kalian dan hilang tempat bermanja…. tp tiap kali pulang ke ipoh pasti mereka dulu yg ku terjah… *maap ye mak* :D

moga syg2ku di ipoh itu sentiasa sehat & dijauhi dr org2 yg dengki…

p/s :: buat org2 yg diluar sane yg selalu MENCURI kucing org lain, silalah cari kucing2 dipasar yerp. mereka2 itu perlukan rumah. kalau anda ambil kucing org len dr rumah tuannya sendiri, maka andalah orang paling kejam dalam dunia!!!! dan anda tidak akan bahagia !!!!

Read More

saya akan berkahwin…

Posted by khaizarien on Jun 23, 2010 in aku & dye, sedikit cerita | 13 comments

balek dari kenduri seorang kenalan di ipoh membuka satu lembaran cerita baru…..sana sini alkisah kwn2 ramai dh kawen.(ramai ke?) yg xbape nk rapat tu ramai la… tp yg rapat tuh masih lagi mahu merasai nikmat hidup remaja & single yerp (okies x salah kan umur suku abad ini dikatakan masih remaja kan?)

dalam keadaan perut yg masih kenyang…bersama dengn kepanasan cuaca di luar…bru hendak menghirup aircond kereta iswara tibe2 emak di tempat duduk bahagian belakang bersuara dengan lantangnya…. (imagine bbk duduk di bahagian depan dan aku di bahagian pemanduan)

korang kalo cukup duit, bulan 12 nie jalan je….

okies set. aku n bbk masing2 diam. tp tak berpandangan. diam pun kejap aje. okies. kalo dikira2 bulan 12 thun nie tinggal 5 bulan lebih je…. nk book tempat. ade lagi ke yg kosong? nak book catering. agak2 bape 1 kepala? hantaran. ala-ala wat syarat je… hurmmmm terdiam lagi…..

aku sesaje buka status d facebook.. tup tup family member ramai yg sokong… ade yg nk sponsor duit dewan (hanya dtawarkan untuk thun ni saja) sponsor kek & cupcakes (kompom wat sendiri & aku jugak kene tolong) nak tukang edar kad (ini 4 sure pasti) n ade gak yg nk tolong makan jek (semestinya)

bile bukak bab kawen..ramai yg suke. lebih2 lagi umah aku dh 8thun xwat kenduri kawen. nk menarikkan jalan cerita ade plak flower girl & boy tgh menunggu je untuk dipanggil….

okies berbalik pada topik kawen…. aku berbincang dengan bbk…. dan keputusan muktamad telah diambil…(okies.masih belum muktamad sepenuhnya. perlu wat solat istikharah di masjid besi dulu-perluke? itu permintaan seorang kakak :D . akan ditunaikan nanti :D )

ok ok keputusan bila tarikh & waktu aku & bbk akan berkahwin (In’Allah) akan diumumkan seawal2nya pada hujung oktober nanti…. :D

p/s:: ingat kawen tu macam men masak2 ke?….ishhhh


Read More

Salam Sayang hari Bapa

Posted by khaizarien on Jun 20, 2010 in hati kecil, sedikit cerita, ucapan | 7 comments

salam sayang buat bapa bapa yang ada di malaysia….. kasih ibu membawa ke syurga. kasih ayah membawa bahagia. Alhamdullillah. keranamu Abah, atie lahir ke dunia.

walau bersamamu hanya seketika
kasih sayangmu masih terasa
tanpamu membuat aku mengenal dunia

Terima Kasih Abah
U’re The Greatest Father In The World


p/s:: i love you abah

Read More

Lurve Stories

Posted by khaizarien on Jun 16, 2010 in hati kecil, sedikit cerita, terlintas di fikiran | 4 comments

indah jika diri dicintai dan mencintai.
indah diri jika orang yang kita suka, juga menyukai kita
indah rasa diri bila mencintai dia dalam diam, dan dia juga rasa apa yg kita rasa

tetapi peritnya rasa jika jadi sebaliknya
simpan rasa dalam diam, padahal dia milik orang
simpan cinta dalam hati, sampai bila pun dia tak sedari

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya. Dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (Ar-Rûm /30: 21)

Allah menjadikan semua di dunia ini berpasangan. malam dan siang, langit dan bumi, panas dan sejuk, kecil dan besar, luas dan sempit dan bermacam lagi. itulah tanda kekuasaannya. tetapi mengapa masih ada yang bersendiri? masih ada yang berpisah dan masih ada yang melebihi?

itu semua kekuasaanNya juga. apa yang telah di tetapkannya itulah yang terbaik buat kita. Jodoh itu sentiasa ada. bezanya cepat atau lambat. lama atau sementara. apa yang kita ada sekarang, hargailah ia sebelum ia hilang. apa yang kita tiada, tak perlulah dikejar2kan kerna adakalanyaia memang bukan untuk kita.

kadangkala kasih itu putus di tengah jalan.kadang kala ianya berkekalan. semuanya ada kebaikan.jangan sesekali bersangka buruk. jangan sesekali berputus asa. dendam dalam hati buanglah segera.

Allah jadikan pertemuan dan perpisahan segalanya ada sebab dan cerita. ambil sedikit masa renungkan…. kebahagian datang kerana mahu menguji iman dan takwa. kekuatan hati dan jiwa. begitu juga dengan kekecewaan. datang juga kerana ujian.

syukur alhamdulillah… hingga saat ini hati aku masih di uji. hati aku masih di duga. kecewa? itulah bahagia sebenar.

kita akan tahu kekuatan diri sebenar bila kita di uji.kita akan tahu ketabahn hati sebenar bila kita kecewa. kita akan tahu kebahagiaan sebenar bila kita derita.

kau, aku sama sahaja.tiada yang lebih tiada yang kurang dan tiada berbeza. :)

Read More

nota cinta buat si dia

Posted by khaizarien on Jun 16, 2010 in aku & dye, contest, hati kecil | 4 comments

ingin ku coretkan nota cinta buat mu
untuk ku luahkan segala rahsia cinta ku
yang lama ku pendam di dalam rindu
agar kau mengerti isi hatiku


Zahir terlihat apa yang dirasa
Antara dua hati berbicara
Rindu menjelma tatkala tidak bersua
Indah perasaan ini mengulit setiap pelusuk jiwa
Namun tiada yang menyedarinya
Dalam diam menyimpan cinta
Andai diluah mungkin atau tidak diterima
Nadi bergetar meyimpan rahsia
Sayang yang hadir dengan tiba tiba
Yakini hati yang telah mula berbicara
Untuk merealisasikan impian bersama
Kepercayaan mengatasi halangan yang menjelma
Rasai apa yang ada dan tiada
InsyaAllah bakal bersatu selamanya

p/s :: maaf aku tak seromantik kamu untuk menulis nota cintaku

Read More