Posts made in May, 2010

Dari Pandangan yang Berbeza

Posted by khaizarien on May 27, 2010 in hati kecil, sampingan | 4 comments

4553727220_ab08c742fb

pic credit to my cousin

pandangan yang memandang selalunya berbeza. tidak ada yang sama. walau dari sudut cerita. pucuk pangkalnya pasti ada tak sama.

namun sudut pandanganku hanya satu. semuanya berasal dari hati. apa yang dilihat apa yang ilusi. segalanya penuh erti. walau masih ada yang menafi. aku akan tetap terus mengerti dan mengetahui. apa yang engkau terus sembunyi.

aku cuba belajar memandang setiap gerak geri dan tingkah laku dari sudut yang berbeza. cuba mengerti setiap luahan dari perspektif yang lain. agar diri tidak terus berfikir yang negatif.

susahkan nak ubah minda supaya jadi positif.
susahkan kalo nak ubah jiwa dalaman yang sedih menjadi luaran yang happy dan ceria.
susah sangat rasanya nak mengukir senyum tiap kali kusyuk dan fokus dalam membuat kerja.
dan paling susah rasanya nak meluahkan apa yang terpendam kerana biasanya apa yang diluahkan pasti takkan sama dengan apa yang orang lain faham.

inilah dunia sebenarnya. maaf. dunia aku sebenarnya. susahnya nak berfikir sesuatu perkara itu sebenarnya senang dan remeh…

p/s :: aku masih rasa berdebar dan jantung masih berdegup kencang. kenapa?





Read More

Atie ingin BroFramestone Bersara Dari Berblog

Posted by khaizarien on May 26, 2010 in Uncategorized | 4 comments

picca.

diriku tak layak untuk memasuki contest ini. entah kenapa diriku di pinggirkan seperti anak tiri yang di buang ke tepi. sungguh sedih. sungguh2 rasa kecil hati… haisshhhh tapi tak pe lah. walaupun di halang dari memasuki contest itu, aku tetap mahu menulisĀ  juga entry tentang ceontest ini. biar pun takkan di pedulikan oleh sesiapa pun. T_T

okeylah. daku mahu mula bercerita :
aku mula kenal broframestone adalah disebuah makmal fizik di sebuah sekolah menengah di bandaraya ipoh. entah kenapa hati terdetik mahu memanggil beliau yang ketika itu kelihatan seperti “blur” dan tidak tahu apa2.dalam melihat beliau melangkah masuk dengan lagak seorang pahlawan melayu memasuki istana melalui pintu belakang, daku dengan selamba terus menyapa.

“BroFramestone ek?” lantas menoleh dengan penuh perasaan curiga, beliau mengangguk lemah.
“kakak S kirim salam,” dengan keadaan sedikit bongkak dan sombong aku trus duduk selepas abis bicara.

ok. sudah situlah saat dan detik pengenalan bersama BroFramestone yang telah melangkah ke angka 7 tahun kini.

siapa BroFramestone dalam diriku?:
siapa BroFramestone dalam diriku?….. ahli muzik? ahli nujum? ahli silap mata? muehehehehe beliau merupakan pencuri sebenarnya…. haishhh sungguh bahaya BroFramestone ini.

us

Hadiah terbaik buat BroFramestone dari ku::
aku tak mahu pikir panjang. hadiah terbaik adalah dosa & pahala serta doa yang afdal suatu hari nanti ;p… miahahahaha… ok tak?

haishhhhh…. bagaimana pun BroFramestone sgt2 femes dalam dunia blog… blog beliau sungguh ramai yg memasukinya…. belog yg penuh rapu rapan. yg membantu bro untuk terus berfikiran waras…..ape2 pun BroFramestone… HapPy BirThday ya ;D love u alwiz…. :D

Read More

Selamat Ulang Tahun Sayang

Posted by khaizarien on May 26, 2010 in aku & dye, announcement | 6 comments

26

Syukriku adakah kau sedari hari ini
Hari Rabu dua puluh enam haribulan lima
Tawalah beri yang indah
Kau harus lekas bersiap sedia

Syukriku adakah kau sedari hari ini
Hari Rabu dua puluh enam haribulan lima
Tawalah beri yang indah
Kau harus lekas bersiap sedia

Apa dan apa yang sedang kau fikirkan
Pergi dan terus pergi
Aku tetap menanti (tetap menanti) tetap menanti…

Selamat hari lahir aku ucapkan
Kepadamu insan tercinta
Iringan doa tetap untukmu semoga panjang umur
Aku ucapkan kepada mu insan tersayang
Selamat hari jadi Syukriku

Selamat hari Lahir Sayangku Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan Selamat tinggal, selamat jalan

p/s:: i love you

Read More

satu atau dua

Posted by khaizarien on May 25, 2010 in sampingan, sedikit cerita | 0 comments

bukan nak mengata apa lagi menyampai cerita.
bukan juga kerana curiga dan syakwasangka.
cuma terdetik dalam jiwa tentan kisah mereka.
merpati dua sejoli yang indah dan bahagia aku rasa.
mula berbisik pada diri.
kenapa aku masih seorang diri.
mengapa tak mampu ada seseorang di sisi.
niat jahat mula menghantui.
ingin menjadi api dalam kehidupan yang tak bertepi.

inilah dunia tanpa sempadan. mana-mana pergi men langgar je peraturan. dunia dah akhir zaman kot. tapi sejak dulu pun tak pernah habis dan berhenti kisah begini. satu atau dua?… itulah dia manusia. takkan pernah cukup dengan apa yang sendiri ada dan rasa.

lihat dari jauh, milik orang lebih indah. lihat dari jauh milik orang lain jugk yang nak di rasa. lihat sebelah semuanya tak indah. ada yang kurang ada yang x enak di pandang. macam-macam hal dan karenah. sekali hilang baru tahu langit tu tinggi atau rendah…

p/s:: peringatan pada diri. hargai apa yg ada di sisi. peringatan pada diri. kalau masih single xperlu ambil milik orang lain.

setiap manusia dijadikan berpasangan. tiada yang keseorangan….

Read More

Cuba Menafi Realiti….

Posted by khaizarien on May 25, 2010 in hati kecil | 4 comments

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


p/s :: dengar lagu ini bukan aku rasa sebak….. hayati lirik ini buat air mata aku menitis. mendalam maksud yg tersirat… mendalam erti di setiap perkataan….. apa mungkin kita temu kebahagiaan dalam perpisahan?…….

Read More