
ini cerita zaman kanak kanak ribena
kenakalan keseronokkan semua tergambar
di sini juga tercipta satu kenangan terindah yang tak dapat di gambar dek mata kasar
lahirnya satu ikatan yang tulus dan murni
persahabatan sampai mati
dia suka main bola. dia juga suka aiskrim
tapi aku suka basikal. dan aku suka coklat
tapi itu tidak dapat membezakan
utuhnya sebuah persahabatan
kerana kami sering berkongsi segala keseronokkan dan kesedihan
kejar mengejar. jatuh bangun. tawa tangis.
sudah puas kami lakukan bersama.
kena marah. kena rotan. sikit pun tak dapat putuskan.
ini dunia kami. inilah cerita kami
walau ada yang cuba menghalang kami tetap punya jalan untuk berjumpa
hey.
jangan salah sangka
tiada langsung perasaan cinta
maknanya juga kami tak tahu. apatah lagi rasanya.
sebut juga kami tak mahu.
dia kawan aku. dan aku kawan dia.
tak lebih tak kurang.
teman tapi mesra?
entahlah. juga tiada dalam kamus jiwa
dia abang dan aku adiknya
hanya terserlah kasih dua insan yang berbeza
dan kami rasa kami sama
dua hati dan dua jiwa
kini masing masing menginjak dewasa
punya cerita dan jalan berbeza
adakala tersentak seketika tatkala angin bayu menyampai cerita
kamu dan aku masih insan yang sama
cuma keadaan sudah berbeza
di sudut hati tetap bersama
segala kenangan dahulu tersimpan seribu cerita
inilah kisah dunia kami yang kami cipta
tanpa ada sempadannya
p/s :: mari melawat aksara keraian 10 penulis dan 10 cerita. bakal mewarnai dunia anda

teman yg macam tu sukar diterangkan statusnya
memang sukar. tapi ia hubungan yg istimewa