Kisah Rumput & Orang Yang D sayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

kesimpulannya :: Lu pikir sendiri la ek….

p/s :: cerita ini yang buat aku mampu bertahan hingga kini. walau banyak kekurangannya. walau banyak kelemahannya, aku percaya dia di jadikan untuk aku melengkapi segala kekurangan dan kelemahan aku. kesempurnaan akan datang pabila kita terima segala kekurangan dengan hati terbuka dan redha. aku akan bertahan selagi aku mampu walau air mata sudah kering dan hati sudah beku.

untuk kamu :: mungkin kamu masih tak mengerti dan masih tak nampak segala kelebihanku. aku tak salahkan kamu. mungkin ia telah dikaburi dengan kekuranganku yang banyak dan kelemahanku yang tak kurang. aku tak mahu mintak maaf. kerana bagimu ia tidak akan mengubah apa2 keadaan pun.

T____________________________T

This entry was posted in hati kecil, sedikit cerita and tagged , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Kisah Rumput & Orang Yang D sayangi

  1. Mr. Kamikaze says:

    peh entry yang sangat baik..hargailah dan sayangilah apa yg telah kta miliki..

  2. Nazz@Purple says:

    Penah bace cite nie..tp pasal jagung..tp same gak je message nye..=)

  3. Nazz@Purple says:

    Same je cerita dia cuma tukar rumput tu jadi jagung..huhuhu..xpe..xpe..nanti kalo nazz jumpa blik naz kongsi.cite dia memang best kan..:)

  4. jumana says:

    alhamdulillah…
    manusia x pernah puas kn?

    even dh dpt yg terbaik..still mencari2 lg yg lebih baik
    jge yg dh ada, itukn lebih baik.. :)

    suka entry ni :)

  5. framestone says:

    Ku mencari, Ku mencari
    Apakah salahku
    Kau buat ku termenung seorangan
    Dalam diri sangsi, Akhirnya begini

    Walaupun seketika… Walaupun sekelip mata
    Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

  6. ejo says:

    dulu awek aku penah antar mesej ni sbb aku tanya dia sejauh mana cinta dia pada aku…bila dia anta cite rumput ni sampai skrang aku xlupa…tp akhir nye dia cari owg laen dan aku putus sbb dia curang dgn aku..dokcukup kene curang kene blasah dgn pakwe baru dia…kesian diri aku…padam muke powm boleh!!!!!
    bila aku baca cite rumput ni..buat rase broken gile..
    :’(

    • khaizarien says:

      xpe…kumbang bukan seekor bunag bukn sekuntum.. ternyata bukan dia yg terbaik buat kamu….

      no worries masih ada pintu bahagia untuk kamu di luar sana :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled