Ianya tak sepadan. tapi itulah ketentuan. pasti ada hikmah yang Tuhan berikan.
By khaizarien on March 10th, 2010

jarang kita lihat pasangan dalam dunia sepadan dan secock dari segi luaran. sama putih. sama hitam manis. sama tinggi. sama rendah. sama kurus. sama chubby. sama cantik. sama comel. dan biasanya apa yg terlihat pasti kontra. hey aku tak kata semua. hanya sebilangan. dan aku juga masuk dalam golongan itu. aku dan dia~~~ lihat saja gambar di atas *wink
okies okies alkisah terdetik di fikiran. kisah suka duka dalam alam bercinta dan rumah tangga. seorang setia seorang pendusta. kenapa tak di beri dua-dua rasa yang sama? *memang xde kene mengene langsung dengan kes di perenggan pertama kan*|saja bikin gempaq|
Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”
Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
“Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman.”
apa2 pun 2 ayat di atas perlu d terjemahkan dengan lebih mendalam maksudnya. jangan main taram saja. sebab dalam AL-Quran sudah indah setiap ajaran dan peringatannya. cuma kita perlu memahami apa yang tersirat dan tersurat.
ramai yang mengalah. ramai yang merungut. tatkala dapat pasangan yang indah hanya di luaran. tapi di dalamnya? ada yang setia tapi bertemu si pendusta. mengapa? jangan cepat mengalah. jangan cepat melatah. pasti ada sebab musabab yang Tuhan sembunyikan nikmatnya di masa akan datang.
ada juga banyak bunyi. entah kenapa tak puasa hati. tangan kaki naik sekali. menghentam pasangan yang berdiam diri. kenapa d pertemukan dengan yang begini. sungguh beza dengan diri sendiri. hey… itu juga ada hikmah tersembunyi. mari berbincang di bawah ini.
setiap manusia di jadikan berbeza-beza. tiada yang sama. if ada yg sama pun tetap tak serupa. jadi untuk dapatkan pasangan yang sama perangainya. sama sifatnya. sama cantiknya. sama baiknya. agak sukar. percentage pun 10% aja. jangan lah cepat mengeluh andai apa yang di mahu apa yg di pinta kita tak peroleh. kerana DIA lebih tahu apa yang kita perlu sebenarnya.
andai pasangan itu sama maka tiada lagi lah serinya. tiada pula istimewanya. dan tiada pula keindahannya. berbeza itu bukankah indah. berbeza itu bukankah meriahkan suasana. seperti pelangi lagaknya. berbeza 7 warna. menarik kan?
si alim bertemu si jahil – ramai pertikaikan. tak sesuai. tak sepadan. bukankah lebih elok begini? si alim dapat membantu dapat membimbing si alim. si jahil mungkin dapat berkongsi pengalaman dunia yang tak dapat di lalui oleh si alim. timbang balik semua, jangan mudah menghukum. saling memberi dan menerima pasti dua dua akan bahagia.
si pendusta dan si setia – ini juga di kate kejam. lebih2 pada si setia. ini juga ada indahnya. untuk kamu si pendusta perlu di ajar apa itu setia. perlu di ajar untuk menghargai. sbb itu d pertemukan dgn si dia yg setia. buat kamu juga yg setia, mengajar kamu menguatkan hati dan iman. tanm lagi sifat sabar. Lebihkan cinta untuk DIA dari si dia. bukan saja saja di beri ujian. setiap pertemuan pasti ada alasannya.
aku jua sedang bercinta. alami rasa bahagia dan derita. walaupun sana sini orang mengata. tapi hey! cermin dulu muka. aku dan dia adakalanya suka adakalanya duka. emosi terganggu itu perkara biasa. sedangkan lidah lagi tergigit inikan kita manusia biasa. a
apa yang ku mahu pesan di sini. janganlah cepat mengalah. dengan ujian yang sedikit cuma. DIA tahu kita mampu. sebab itu kita dipilih untuk melalui kesusahan dan peyahan hidup dan merasi derita dan sakit hati.
ambillah perbezaan sebagai pemanis dalam kehidupan. pelengkap rasa dan menambah keenakkan.
aku dan dia juga banyak bezanya. samanya hanya pada sifat amarah & ego yang tinggi. masih belajar untuk perbaiki walaupun bakal menginjak ke angka 7 satu minggu empat hari lagi

said on March 10th, 2010 at 12:36 PM
Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
said on March 10th, 2010 at 12:42 PM
hehehehe
said on March 10th, 2010 at 1:45 PM
bersyukur dgn apa yg ade..:) pasti ade hikmahnye..eh bro jiwang2 yek..
said on March 10th, 2010 at 1:49 PM
yup sentiasa bersyukur…n sabar
ahakz bro memang jiwang & romantik
said on March 10th, 2010 at 4:54 PM
mane de bro jiwang.. romantik de la…
said on March 10th, 2010 at 5:00 PM
muehehehehe jiwang pada bahasa & penulis.
said on March 10th, 2010 at 1:46 PM
ye la..kal0 sam je b0ring lak t..heeeee
said on March 10th, 2010 at 1:52 PM
ahakz..sgt2 betul. perlu ade perbezaan bru meriah
said on March 10th, 2010 at 3:06 PM
keserasian wujud bila setiap pasangan menerima seadanya kekekurangan dan kelebihan pasangan nya..selagi dia sanggup menerima..selagi itu la mereka pasangan serasi..
said on March 10th, 2010 at 3:21 PM
yup sokong nazz..sgt2 betul
said on March 10th, 2010 at 3:09 PM
adoi penat nazz taip komen…nak send error..nape..k.atie? =(..kene refresh dulu bru leh..
Selagi seseorang itu menerima seadanya kekurangan dan kelebihan pasangan nya..selagi itu mereka serasi dan sepadan..
said on March 10th, 2010 at 3:23 PM
ade je nazz..mungkin lambt proses kot
said on March 10th, 2010 at 4:06 PM
insha Allah…andai sudah ditentukan itu jodohnya…terima seadanya…
utk kamu & dia…moga jodoh itu kekal hingga ke syurga…amiin
said on March 10th, 2010 at 4:18 PM
thanks izzan kerana mendoakan..moga2 ianya kekal ke syurga…aminnnn….
yup setiap orang sudah d tentukan jodohnye
said on March 11th, 2010 at 12:45 AM
sesuai lah untuk motivate couple2 yang suka merendah diri
said on March 11th, 2010 at 11:14 AM
yep yonna…hehehee