Hey!!! ini bulan cinta..berikan aku pari pari syurga =.=
By khaizarien on March 9th, 2010

ini bukan kesah cinta ku. cinta masih berbunga bunga seperti dulu
tapi entah mengapa hati terguris kecil
sedikit ku rasa. tapi sebenarnya entah la
aku mahu berhenti dari berasa sedih
mahu terus tersenyum seumpama di hati penuh taman siap ada rama rama lagi
aku lupa bagaimana dulu aku gembira dan rasa bahagia
aku lupa bagaimana rupanya tawa riang gembira sampai menitis air mata
kenapa dalam hati kini penuh rasa bersalah dan serba salah
penuh rasa kucar kacir dan gundah gulana
aku mahu pari pari itu
berikan aku serbuk ajaib
supaya aku dapat menari dan terbang tanpa henti
dengan iringan melodi yang membuat ku masuk ke alam fantasi
hidup ini takkan berhenti berputar. pusing pusing seperti roda. kejap d atas kejap d bawah. mungkin hati juga sama.kadang kadang ia gembira. kadang kadang di rundum duka.

said on March 9th, 2010 at 10:40 PM
Roda kehidupan saya juga sedang berputar dan sekarang berada di bawah. Selalu terasa hidup ni terlalu banyak dugaan dan sangat mencabar. Nak luah pun rasa tak terluah dengan perkataan. Entry ni serba-sedikit menggambarkan luahan hati saya
said on March 9th, 2010 at 11:24 PM
thanks fiza~~ berkongsi rasa..itulah kita manusia. kejap d atas kejap d bawah. atie pun begitu. terima kasih terjah blog atie.
said on March 10th, 2010 at 12:49 AM
Tak lama dulu ku jatuh ke lembah paling dalam.. Rasa sukar sekali mahu kembali timbulkan diri.. Namun perlahan-lahan, ku bangkit dan menikmati kembali sinar cahaya di atas muka bumi.. Syukur..
said on March 10th, 2010 at 7:58 AM
alhamdulillah kamu mampu bangun semula. dan ku juga berharap diriku mampu berdiri tegak dan langkah penuh lagak dan dalam diri tersingkap 1000 rasa bahagia dan gembira
said on March 10th, 2010 at 12:31 PM
larat ke nak terbang huhuh
said on March 10th, 2010 at 12:35 PM
boleh aje kalo nk terbang…uhuhuhu