Posted by khaizarien on Feb 11, 2010 in hati kecil, sedikit cerita | 6 comments

tabahnya mak
boleh hidup sorg2 tanpa teman hidup
macam mana mak lalui semua nie?
mak anak mak ni lemah sangat2 mak
anak mak tak mampu tandingi ketabahan mak
dulu anak mak nie mampu hidup sendiri
tapi kini, semua perlukan tongkat
kenapa ye mak?
mak…
anak mak nak mintak tolong
ajarkan anak mak ni jadi tabah
ajar anak mak ni pekak kan telinga
ajar anak mak ni keraskan hati
ajar anak mak ni abaikan segala khabaran berita dari angin
anak mak ni dah tak tahan
penat sangat rasa tanggung semua
sejak abah pergi
anak mak tak pernah nampak mak menangis
cuma kadang2 kalau anak mak ni degil
mak marah dan mak pukul
ada sedu sedan yang berbaki
macam mana mak buat bila rindu
apa yang mak buat hilangkan sunyi
macam mana mak tahan semua ni sorang2
lepas abah pergi mak selalu nyanyi sebelum tidur
lagu di manakan ku cari ganti
mak nyanyi lepas mak ingat anak mak ni dah tidur
tapi anak mak ni tak tidur
anak mak dengar mak nyanyi
bila ingat rasa terkilan sangat
kenapa mak tak luahkan apa mak rasa
mak pendam sorang2
mak lalui semuanya sorang2
mak…..
andai anak mak ni di tinggal sendiri
pasti ngadu kat mak
nangis kat mak
dan mak pasti akan bantu dan wat apa saja
mak nak anak mak bahagia
mak tak nak anak mak jadi macam mak
tapi mak
anak mak nak mintak satu je kat mak
kalau betul anak mak ni nanti ditinggalkan
mak jangan sedih
mak jangan buat apa
anak mak cuma nak mak ada disisi
untuk bagi kekuatan
untuk bagi semangat
supaya jadi tabah macam mak
mak…
janji dengan anak mak
mak mesti ada…
anak mak sayang mak
p/s :: ATIE!!!!!!!! JANGAN CEPAT MENGALAH….KALAU JATUH BANGUN SENDIRI!!!! TAKDE SAPE DAPAT BANTU KECUALI DIRI SENDIRI!
Ye.. Harus tabah seperti emak..
Sabar lah k? Ada jodoh nanti berteman jua….. Maybe dapat sebaik arwahnya kan?
mengapakah ini
huhu
jangan sesedih okeh
hidup mesti teruskan walaupun apa yang terjadi
anggap dugaa tuh sebagai tarbiyah dr tuhan utk kita
sebab DIA sayang kita
bygkan.. jatuh tergolek2 siap xlarat nk bgun balik huhu
p/s- sape suruh bulat sangat
jangan sedih oke.
kamu kena kuat!!!~
tak ada apa-apa yang diperlukan oleh si ibu melainkan melihat anaknya berjaya…
harta yang paling berharga dalam hidup seseorang ialah ilmu…
rakan yang paling akrab ialah adik-beradik…
perisai yang paling ampuh ialah kaum kerabat…
oleh itu…
jangan engkau lupa…
asal-usulmu…
Jangan terlalu mengikut perasaan
kelak jiwamu akan tertekan
jadikan semuanya sebagai sempadan
sebagai panduan dan juga pedoman
Jika ingin mengejar impian
penuhkan dada dengan iman
hidupmu pasti keruan
penuh dengan pelbagai amalan