“Modest theme is just a humble design with big intentions.”
Ut a nunc ornare velit ornare ullamcorper sed eu magna.
selamat hari guru buat guru guru di malaysia. juga buat guru yang secara tidak langsung di dalam kehidupan.
kalau di kira kira ramai ahli keluarga aku memilih guru as kerjaya masa depan. ye. ramai. dan aku hampir juga tergolong dalam kelompok itu. ta[i aku berjaya melarikan diri.. hehehe mungkin sudah tertulis bukan rezeki aku as guru kot. tapi dulu pernah juga setahu aku menjadi guru tuisyen tak bertauliah untuk budak kampung aku. seronok~~
ye memang seronok jadi cikgu, sebab boleh rasa bangga n berbaloi bila apa yang kita ajar tu mereka ingat dan mampu bantu mereka berjaya. siyes aku rasa dulu. bile budak 2 orang kat kampung aku mak ayah die mintak aku bagi tuisyen, memula memang aku malas. tapi aku buat juga. ye la atleast ade sumtin aku buatkan. lelame tu aku rase seronok bila dorang mula bawa kertas exam ke rumah aku n tunjuk result dorang yang dah meningkat. dari D naik ke B. dari C naik ke A..sape tak seronok wei?….. bangg asangat dapat tolong dorang n wat mak ayah dorang turut bangga. tapi tula. kejap je aku ajar. nak sangat tau apa cite dorang skang ni. berjaya macam mana. hope ilmu yang aku bagi tu masih kekal dalam memori dorang
anyway, aku sekadar mahu mengucapkan selamat hari guru kepada
cikgu cikgu di Tadika Islam Masjid Gufran, Kampung Manjoi.
cikgu cikgu di SRK Tarcisian Convent, Ipoh.
cikgu cikgu di SMK Tarcisian Convent, Ipoh.
cikgu cikgu di SMK Anderson, Ipoh.
pensyarah pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak, Kelana Jaya.
ahli keluarga yang menjadi guru
dan
kawan kawan seperjuangan yang juga menjadi guru.
jasa anda semua amat besar buat diriku juga anak anak didik yang lain…
#juga buat mereka mereka yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar#
p/s:: ilmu itu perlu di cari.
.
hari hari mendatang dengan kisah yang tak terduga.
hari hari lalu berlalu tanpa kita tahu kan berubah sebegitu.
saya tumpang gembira bila mana teman teman yang
pernah menangis di bahu ini,
pernah meluah dendam rasa di telinga ini,
pernah lempar lelah di tangan ini,
pernah lontar marah di mata ini,
telah terbang bebas di langit biru menggapai pelangi…
sungguh hati dan jiwa ini tumpang tersenyum melihat setiap baris indah di hati dan diri kalian semua…
p/s::*sayang penuh erat, peluk tanpa lepas*
#snap a pic while waiting. nice view. nice shot. nice story#
Read Moreterima kasih mak.
bukan untuk hari ini saja. tapi untuk hari hari yang telah berlalu. sejak atie lahir, hinggalah sekarang.
dan juga untuk hari hari mendatang. kerana atie tahu, masih banyak yang atie perlukan dari mak.
segalanya.
mak,
mak tahu tak mak ni seorang wanita yang tabah? tabah sangat sangat.
mak tak pernah tunjuk pada kami sedihnya rasa hati mak.pilunya rasa jiwa mak.sunyinya diri mak lepas abah tak de.
sikit pun mak tak pernah kuar air mata depan kami anak anak.
kuatnya mak. tabahnya mak.
macam mana mak boleh tahan semua tu?
mak tahu tak mak wanita yang kuat sangat sangat.
mak tak pernah hirau apa pun orang cakap.
orang caci mak.orang kutuk mak.orang hina mak.
mak abaikan semua.
sikit pun mak tak pernah nak mengeluh. sikit pun mak tak pernah nak mengadu.
kuatnya jiwa mak…
mak keje sorang sorang. sara kami tiga beradik. nasib kami bertiga je kan mak?
itupun dah macam macam.
atie tahu, bukan senang. kami tiga beradik semua perempuan.
mak xde anak lelaki. abah pergi awal. mak tanggung semua sorang sorang.
apa kami minta semua mak bagi. walaupun pada mula mak akan melenting, tapi lama lama mesti dapat jugak.
mak,
macam mana mak lalui semua ni?
sejak abah sakit, mak kena persiapkan diri.
selama ni semua abah yang uruskan. tapi bila abah xde, mak ambik aleh semua.
ingat lagi mase mak mula2 belajar kereta. abah paksa jugak mak bawak. sebab abah tahu abah tak akan lama. sikit sikit mak ambik tanggungjawab abah.
kuatnya mak. kuat sangat.
mak hadapi ni semua sorang sorang.
kami semua masih kecik. mesti susah sangat kan mak hadap semua ni.
mesti teruk keadaan mak dulu kan? tapi mak berjaya sembunyikan semua.
tak ade air mata. tak ade rajuk hiba. tak ade ratap duka.
mak lalui hari hari mak macam biasa.
macam mana tu mak?
mak mengadu pada siapa? mak menangis pada siapa?
sehingga ke hari ini tiada air mata yang pernah kami nampak dari wajah mak.
sehingga hari ini mak tetap dengan wajah biasa. tiada rasa.
22 tahun mak sendiri. kuatnya mak. tabahya mak.
mak tahu tak,
setiap hari atie bertanya pada diri. macam mana mak boleh jadi kuat macam tu.
macam mana mak boleh jadi setabah itu.
mak…
atie nak sangat kuat macam mak. atie nak sangat tabah macam mak.
tak nak langsung tunjuk segala hiba ni pada orang. tapi anak mak ni tak sekuat mak. sikit sikit mesti nangis. sikit sikit mesti sedih.
mak, dah 27 tahun atie hidup. tapi sikit pun atie tak rasa atie dah senangkan mak.
makin buat mak risau dan susah hati ade la kan?
lepas satu satu.
tapi mak kalau boleh sampai bile2 pun nak senangkan anak anak. tak kisah la apa yang mak nak semua mak ketepikan. asalkan mak tak tengok anak mak ni susah.
mak…
maafkan atie.
maafkan atie dari hari pertama atie berada dalam perut mak, sampailah ke hari ni.
banyak dosa atie dengan mak. banyak sangat.
banyak bende atie buat mak susah hati.
banyak bende atie buat mak kecewa.
maafkan atie mak….
mak tahu tak, kalau boleh atie nak senangkan mak.
nak tunaikan segala permintaan mak.
kalau ikotkan hati ape yang mak nak, atie nak sediakan.
ape yang mak minta semua atie nak tunaikan.
tapi atie masih tak mampu mak.
atie minta Allah panjangkan umur mak, sihatkan badan mak sampailah atie mampu nak balas semua jasa mak.
mak…
selamat hari ibu…
tak terkira segala pengorbanan mak pada atie, yong n nyah.
terima kasih mak.
benarlah kata orang tua.
kalau sudah jodoh tidak ke mana.
walau jauh beribu batu, walau tinggi di langit ungu, walau dalam lautan biru,
sampai masa sampai ketika
dua hati bertaut menjadi satu.
segala rasa. segala cerita. mula menjadi sama.
tanpa terduga.
jalan cerita bergabung tanpa perlu di paksa paksa.
menjadi senang dan mudah di mula dan akhirnya.
inilah kisah dongeng dunia realiti.
nice n steady.
alhamdulillah. semua berjalan lancar.
majlis yang simple tapi meriah.
moga kedua dua hati ini tabah melalui
alam pertunangan.
doa moga kekal kasih ini hingga ke jinjang pelamin
seterusnya ke syurga.
syahrulnizam dan rohzaina
dua dua april dua belas.
p/s :: sayang kau ketat ketat.
Read Moreini kisah lalu. kisah kau dan aku.
sekadar satu kenangan yang mahu aku titipkan buat kamu.
kenangan itu indah.
bagi aku.
sangat indah.
aku harap kau tak pernah lupa. saat itu.
cukup di situ.
terima kasih kerana pernah menjadi sahabatku.
you know who you are…
p/s:: adakala ia datang tanpa di undang.
Read Moreada di situ satu kasih sayang yang tak ternilai harganya.
di mana yang tak akan aku jumpa di tempat lain.
dalam. indah. suci. damai.
satu kasih sayang yang ada di situ tak akan pernah sama.
biar satu sentuhan.
biar satu kucupan.
biar satu pelukan.
biar satu gigitan.
biar satu belaian.
biar satu renungan.
biar satu senyuman.
biar satu pandangan.
tak akan pernah sama dengan seribu yang dapat di tempat lain.
p/s:: menanti dengan harapan.
Read Moreyeah… aritu nikah dan sanding di rumah ayu, pengantin perempuan.
and now di rumah mansor, pengantin lelaki di kuala selongor.
suasana kampung yang sangat indah dan sejuk.
ok. lets the picture tell you the story…
tahniah lagi sekali buat ayu & mansor serta keluarga…. moga kekal kasih dan sayang ini hingga ke syurga..
p/s:: cinta itu indah bila ianya halal.
Read More
Mencencarut